Sudah menjadi satu trend pula buat para pengodam luar untuk menyasarkan serangan terhadap akaun-akaun YouTube terkemuka di Malaysia. Salah satu mangsa terbaharu yang berjaya dikesan adalah saluran YouTube Buletin TV3.
Saluran YouTube Buletin TV3 yang mempunyai 1.62 juta subscriber ini didapati sudah diambil alih oleh pengodam di mana mengganti logo saluran kepada Tesla dan juga namanya menjadi Tesla (US). Pada ketika ini, saluran Buletin TV3 kekal digodam seperti semalam.
Baca Juga:
- Jadi Mangsa Godam Kad Kredit, Seorang Individu Dilaporkan Alami Kerugian Mencecah RM50,000
- Aplikasi MySejahtera Dilaporkan Cuba Digodam Sebanyak Lebih Sejuta Kali
Video-video terdahulu pula masih tersimpan di saluran tersebut dan boleh dimainkan seperti biasa. Siri godaman ini dilihat berlarutan sejak beberapa tahun lalu yang mana mengakibatkan beberapa YouTuber tempatan terpaksa membuka akaun baharu untuk meneruskan kegiatan mereka.
Sebagai langkah berjaga, anda perlu menambah sekuriti pada akaun iaitu ciri 2-Step-Verification di samping tidak sesekali mengklik sebarang pautan yang diterima daripada e-mel. Masih belum diketahui sama ada pihak Buletin TV3 menyedari akan perkara ini ataupun belum lagi.
Berdasarkan semakan terkini, Buletin TV3 telah mendapatkan semula akaun yang digodam serta kembali memaparkan informasi terkini.