Tahukah anda bahawa Malaysia berada dalam kedudukan keenam dalam pasaran pelancong ke Taiwan dan yang tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN?

Difahamkan, terdapat lebih 300 restoran dan hotel di Taiwan yang memiliki pensijilan halal. Oleh itu, Taiwan menjadi destinasi pilihan untuk pelancong Muslim.

Baca Juga:

@mimieyuzi

Halal restaurant to go in Taiwan #fyp #foryou #foryoupage #foryourpageofficial #xyzbca #travel #jalanjalan #traveltotaiwan #undiscovertaiwan #salamtaiwan #visittaiwan #makananhalal #makananhalaltaiwan

♬ double take – dhruv

Dari ibu kota Taipei yang sibuk di utara hinggalah Kaohsiung di selatan, Taiwan memiliki banyak tawaran untuk pengunjung. Untuk pengetahuan anda, saya telah ke Taiwan dengan kerjasama AirAsia dan Lembaga Pelancongan Taiwan selama 6 hari.

Pada penulisan kali ini, saya akan kongsikan beberapa restoran yang halal dan pastinya sedap yang telah saya cuba sepanjang perjalanan saya di Taiwan. Mesti anda teruja mahu tahu restoran apa yang menarik untuk diterjah jika ke Taiwan, bukan? Jom kita mulakan!

1. Kunming Islamic Restaurant, Taipei

Restoran ini merupakan antara restoran terawal di Taipei dan telah beroperasi lebih dari 17 tahun. Lantaran itu, ia menjadi destinasi tempat makan terkenal di Taiwan kerana mengetengahkan masakan Cina Muslim yang lazat.

Lokasinya yang strategik dan mudah diakses juga menjadi antara bonus point restoran ini menjadi pilihan ramai penggembara. Terdapat banyak menu halal yang ditawarkan di sini dan secara jujur, kesemua masakan di sini semuanya enak-enak belaka serta anda dapat rasa sendiri masakan asli Taiwan.

2. Shuinandong Tourist Center, Shancheng Cafeteria

Kafeteria Shancheng ini menawarkan pelbagai menu vegetarian dan setiap hidangan mempunyai keistimewaannya tersendiri. Bagi saya, hidangan yang dipanggil five element merupakan kegemaran saya kerana lengkap dengan nasi dan juga sayur-sayuran serta rasanya tidak bland disebabkan cetusan kejutan pada cendawan yang diletak.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat menikmati pemandangan indah Lautan Pasifik dan pantai dari kafeteria ini. Memang sesuai untuk anda yang mahu menikmati hidangan dengan suasana tenang.

3. Halal Yellow Beef Noodle House, Taipei

Restoran ini telah beroperasi lebih 70 tahun dan kini diusahakan oleh generasi kedua. Tidak lengkap jika ke Taiwan tapi tidak mencuba mi citarasa Taiwan dan lokasinya yang berdekatan dengan stesen utama Taipei membuatkan ia restoran pilihan pelancong muslim terutamanya.

Banyak menu yang ditawarkan di sini dan portion yang diberikan cukup banyak. Jika anda ke sini, anda kena cuba sup mi daging lembu kuning yang dibuat dengan daging lembu lembut, rempah wangi dan mi kenyal. Dumpling pun sedap, memang kena cuba.

4. Anatolia Turkish Restaurant, Taichung

Jika anda berkunjung Taichung, anda bolehlah ke restoran Anatolia Turkish ini dimana ia mengetengahkan makanan authentic Turkish. Dari appetizer iaitu sup dan roti sehinggalah hidangan utama iaitu nasi bersama ayam skewer, semua hidangan penuh berempah dan sedap.

Bagi peminat makanan Turkish pasti tidak akan kecewa. Malah, tempat ini terlihat cosy dimana para pengunjung akan berasa selesa untuk menikmati makanan mereka tanpa perlu rasa tergesa-gesa.

5. Halal Ende Yuan Dumpling House, Taichung

Restoran Halal Ende Yuan Dumpling House ini terkenal menyajikan pelbagai makanan Taiwan yang enak dimana disediakan dengan cara sihat dan halal. Jika anda ke sini, anda kena cuba menu special di sini iaitu hot pot.

Memang hidangan yang disajikan tidak kedekut dan daging dalam hot pot sangat lembut. Makan pula dengan dumpling memang satu kombinasi yang sempurna. Suasana dalam restoran tersebut juga meriah kerana full house dengan pelanggan.

6. Kaohsiung Halal Restaurant, Kaohsiung

Lokasi restoran ini betul-betul bersebelahan dengan masjid Kaohsiung. Restoran ini terkenal dengan stew daging dan saya cukup suka rasa stew daging di sini. Makan panas-panas bersama nasi memang padu.

Selain stew daging, banyak menu lain yang anda boleh cuba di sini seperti daging risotto dan banyak lagi yang pastinya menyelerakan. Restoran ini juga luas dan boleh menempatkan ramai orang.

7. Chen Lili Indonesian Food, Kaohsiung

Tak sangka di Kaohsiung ada restoran yang mengetengahkan makanan Indonesia. Jujur, jika melancong lama pasti rindu dengan masakan negara sendiri dan walaupun tidak menemui restoran masakan Malaysia tetapi cukup bahagia apabila dapat makanan masakan Indonesia.

Selain menawarkan makanan yang enak, restoran ini juga lengkap dengan surau untuk kegunaan pelanggan dan menjadi pilihan ramai penggembara Muslim. Malah, pada dinding restoran juga, pelanggan boleh menulis nama mereka sebagai tanda mereka pernah datang ke restoran tersebut.

Mesti anda terliur melihat makanan-makanan yang dinyatakan di restoran disenaraikan ini, bukan? Ini hanyalah cadangan untuk anda cuba apabila berkunjung ke Taiwan. Nantikan juga artikel tentang penggembaraan saya ke Taiwan dari Utara ke Selatan untuk ‘racun’ anda ke Taiwan.