Nama Dato’ Hattan menjadi bualan ramai selepas insiden dia ‘sekolahkan’ seorang pembaca berita secara live dan sebelum ini, muncul dakwaan bahawa dia tidak tahu akan live.
Akan tetapi, dakwaan tersebut telah disangkal oleh pihak penerbit berita. Susulan insiden tersebut, isteri kepada Dato’ Hattan iaitu Datin Arianie Abidin mendedahkan menerima ugutan bunuh dan santau di Instastory miliknya.
Baca Juga:
- ‘Kami Miliki Bukti Sudah Briefing’ – Penerbit Berita Sangkal Dakwaan Dato’ Hattan Tidak Tahu Akan Live
- Tidak Tahu Sedang ‘Live’, Rakan Dedah Punca Dato’ Hattan Sekolahkan Pembaca Berita
- ‘Tak Buat Research Ke?’ – Netizen Kesian Lihat Pembaca Berita Kena ‘Sound’ Dengan Dato Hattan
Menurutnya, dia dan suami menjadi mangsa kecaman netizen selain dihina, diugut dan dilemparkan dengan kata-kata yang kurang sopan.
Bukan itu sahaja, dia juga berasa sedih melihat komen-komen yang dilemparkan oleh netizen kepadanya dan suami. Terdahulu, Dato’ Hattan telah ‘sekolahkan’ penyampai berita kerana didakwa tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan kepadanya.