Dilabelkan sebagai salah seorang pengurus terbaik di Eropah menjadi antara faktor membuatkan Erik ten Hag diberikan lanjutan kontrak bersama Manchester United.

Hakikat itu diakui sendiri Pengarah Sukan baharu The Red Devils, Dan Ashworth menurut sumber laporan dikeluarkan Goal.

Baca Juga:

Meskipun hanya menduduki tangga kelapan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023/24 tetapi ten Hag berjaya menghadiahkan kejuaraan Piala FA selepas menundukkan Manchester City 2-1 pada perlawanan akhir di Wembley.

Kejayaan yang pastinya menjurus kepada kontrak lanjutan selama dua musim diberikan selepas satu proses perbincangan panjang bersama pemilik pasukan di Ibiza.

“Omar Berrada memulakan tugasan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) serta Jason Wilson selaku Pengarah Teknikal dan saya boleh memberi jaminan bahawa kami tidak boleh kehilangan banyak masa dalam melakukan kerja.”

“Keputusan besar yang kami perlu buat pada musim panas adalah melanjutkan kontrak Erik ten Hag sebagai pengurus skuad utama sehingga Jun 2026.”

“Ia mencerminkan kepercayaan kuat kami kepada beliau sebagai salah seorang terbaik di Eropah dan rakan kongsi mahu kami terus bekerjasama untuk meletakkan kembali kelab ke tahap diharapkan.”

“Cabaran kolektif kami adalah untuk mencapai tahap tersebut dengan lebih konsisten. Menjadi tugas saya bersama Jason, untuk mencipta struktur sokongan dan persekitaran yang betul di sekeliling Erik, kakitangan dan pemain untuk mewujudkannya,” tambah  Dan Ashworth lagi.

Sumber