Di saat media sosial kecoh mengenai pengumuman yang dibuat seorang individu terkenal, Alif Teega mengenai perkahwinannya yang kedua, tular pula pendedahan daripada adik Aisyah Hijanah mengenai ‘perangai sebenar’ Alif Teega.
Menerusi perkongsian di Instagram, adik lelaki Aisyah memaklumkan beliau sememangnya tidak berbangga dengan sikap abang iparnya.
Baca Juga:
- Pernah Didakwa Terkena ‘Ain Hasad Dengki’, Influencer Ini Akhirnya Mengaku Sudah Berkahwin Dua
- Influencer Terkejut Pengikut Taksub Komen: ‘Tiada Tuhan Selain Nisa Ai’
Lebih mengejutkan, beliau memaklumkan mereka sekeluarga menjadi saksi setiap perlakuan yang dilakukan Alif terhadap Asiyah termasuk memukul isteri sewaktu mengandung.
Dari story adik aisyah, ada tea juga pic.twitter.com/kIP5DZBR78
— π²πΎπ΅πΈ (@localrkyt) November 26, 2023
Adik lelaki Aisyah ini turut mengatakan terdapat bukti yang mahu dihapuskan Alif menerusi rakaman dashcam dalam kereta namun tidak mendedahkannya dengan lebih lanjut. Malah, beliau turut melabelkan Alif sebagai lelaki dayus.
Pendedahan yang dibuat nyata mengejutkan pelbagai pihak khususnya para netizen yang sering melibat sisi baik dan sweet pasangan ini serta tidak menyangka situasi seperti ini akan berlaku. Berikut merupakan respon netizen terhadap situasi yang berlaku.
Ramai pulak tu back up konon "dia mampu biar la dia poligami blablabla", masalah dia sekarang dia jantan tu pukul wife dia tau????Worst of all, his PREGNANT wife apa masalah korang ni?????Jangan obsess sangat dengan influencers semua ni boleh tak???
— aisy | Tatagaltier | Kamelia | Tapak Kuda | (@daisyshares) November 26, 2023
Sebab tu orang cakap apa yang ditunjukkan dekat social media tu tak semua betul.
Dekat social media tunjuk yang happy ja.
Disebalik tu kalau exposed macam ni baru tau.
— Afiq Aiman S.H (@afiqshelby) November 26, 2023
Menerusi perkongsian, para netizen rata-ratanya bersetuju rata-rata yang ditunjukkan di media sosial semuanya yang manis-manis sahaja manakala di sebaliknya mungkin tidak diketahui ramai.
Selain itu, ramai netizen yang bersimpati dengan nasib Aisyah yang bukan sahaja dimadukan malah dipukul sewaktu tengah mengandung yang mungkin memberi kesan fizikal dan mental Aisyah. Didoakan semoga urusan pasangan ini dipermudah.