Sejak pelaksanaan PKP fasa ketiga, pihak polis sudah mula menggunakan dron sebagai satu inisiatif bagi memantau dan memastikan orang ramai mematuhi SOP yang telah dikuatkuasakan.

Baru-baru ini seorang lelaki telah dirakam oleh dron pemantau polis dalam satu cubaan untuk merentas daerah di atas fly over pekan lama Parit Buntar.

Dalam rakaman video penuh, dia kelihatan cuba melepasi sekatan ketika melakukan aktiviti berbasikal, namun membatalkan hasrat dan berpatah balik apabila ternampak dron sedang merakam aksinya.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1398201673001013251?s=20

Tindakan lelaki itu yang cuba melanggar arahan pihak kerajaan telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial. Rata-rata ramai yang menemplak tindakannya yang tidak sensitif dengan jumlah penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Bahkan ada yang mahukan pihak polis berkongsi lebih banyak salah laku melalui rakaman dron supaya ia menjadi peringatan kepada orang ramai.

“Mungkin anda berasa selamat dan ‘line clear’ tiada sesiapa memantau di darat, tetapi ada yang memantau anda melalui udara.”

https://twitter.com/Nazimismailrhm/status/1398417295102201859?s=20

https://twitter.com/blackgoldish/status/1398517049077366788?s=20

vocket-dron-pemantau-polis-parit-buntar-basikal-3
Sumber Gambar: Facebook Kerian Infozone HQ
vocket-dron-pemantau-polis-parit-buntar-basikal-4
Sumber Gambar: Facebook Kerian Infozone HQ

Parit Buntar baru sahaja diumumkan oleh pihak kerajaan sebagai salah satu kawasan terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran peningkatan kes COVID-19.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketetapan tersebut dibuat setelah Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kes telah menular di semua lokaliti tersebut dengan kadar keboleh jangkitan sangat tinggi.

Mukim Parit Buntar mencatatkan 44% daripada jumlah keseluruhan kes semasa di Daerah Kerian bagi tempoh 10 Mei sehingga 23 Mei 2021.

Setelah diumumkan Malaysia bakal ‘lockdown’ pada 1 Jun nanti, orang ramai kelihatan mula memenuhi beberapa kawasan tol.

Tol Gombak Dan Sungai Besi Mula Sesak, Ada Cubaan Balik Kampung Sebelum ‘Total Lockdown’?

Pilihan Raya Negeri Sabah Punca Gelombang Baharu COVID-19 Di Malaysia, Lapor Kajian Antarabangsa

Sumber