Tular satu rakaman video dashcam yang dikongsikan semula oleh Twitter @malaysiavirall, ada seorang penunggang motosikal dituduh cuba ‘pau duit’ daripada pemandu kereta yang berada di belakangnya.

Pada awal video berkenaan penunggang motosikal itu berhenti di lorong tengah, lalu dia bergerak ke lorong sebelah kanannya dan duduk di hadapan sebuah kereta.

Baca Juga:

Sementara menunggu lampu isyarat merah, penunggang motosikal itu secara tiba-tiba ‘mengundur’ lalu melanggar bahagian hadapan kereta terbabit. Kemudian, seperti berlaku pertelingkahan kecil di antara penunggang motosikal dengan pemandu kereta tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apa yang dipercakapkan kedua-dua pihak kerana tiada audio pada detik-detik awal rakaman video tersebut.

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1598306108158115840?s=20&t=Ni1CJN_5gfTkSI5NvHtzeg

Tindakan penunggang motosikal itu mengundang pelbagai persepsi netizen, ramai yang berkongsi pendapat bahawa lelaki tersebut sengaja ‘buat-buat terlanggar’ supaya dapat sedikit wang pampasan daripada pemandu kereta.

Bagaimanapun, satu akaun Twitter @zarryzulkifli tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian sebenar yang berlaku kepada abangnya. Dalam ciapan tersebut, @zarryzulkifli menyatakan abangnya mengundur ke belakang kerana bimbang dilanggar oleh kenderaan lain yang sedang membelok dari arah laluan bertentangan.

Kemudian, abangnya terperasan ada terlanggar sedikit bahagian nombor plat kereta yang ada di belakangnya. Bagaimanapun pemandu kenderaan didakwa keluar daripada kereta bersama kayu sambil memaki hamun abangnya dengan kata-kata kesat.

https://twitter.com/zarryzulkifli/status/1598356957798465538?s=20&t=Ni1CJN_5gfTkSI5NvHtzeg

Menurut @zarryzulkifli lagi, pemandu kereta itu didakwa sengaja menyunting membuat audio pada awal video berkenaan sehingga menyebabkan abangnya dituduh sebagai scammer cuba ‘pau duit’ oleh netizen.

Bagi mengelakkan perkara ini berpanjangan, adik penunggang motosikal itu menjelaskan bahawa satu laporan polis cover report telah dibuat di Balai Polis Desa Jaya bagi mempertahankan diri abangnya.

https://twitter.com/zarryzulkifli/status/1598364426641756160?s=20&t=Ni1CJN_5gfTkSI5NvHtzeg

Dia berharap agar pihak berkuasa dapat selesaikan kes ini dengan kadar segera agar netizen tidak lagi menimbulkan sebarang spekulasi tanpa bahan bukti yang kukuh.

Walaupun penjelasan telah dibuat, netizen tetap berpendapat penunggang motosikal itu seolah-olah sengaja mencetuskan ‘kemalangan kecil’ itu berdasarkan gerak-geri dari awal rakaman video.