Ada pihak mempersoalkan adakah sebelum ini produk Khairul Aming tidak halal? Ini memandangkan syarikatnya baru sahaja mendapat pensijilan Halal daripada Jabatan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dua produknya iaitu Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi.
Khairul Aming tampil membuat penjelasan tentang perkara itu. Kerana menurut Khairul Aming, walaupun sebelum ini produknya tiada sijil halal JAKIM bukan bermakna makanan makanan tersebut tidak hala.
Menerusi akaun X, Khairul Aming menulis:
“Ada yang tanya kalau hari ni baru dapat sijil halal, maksudnya sebelum ni tak halal ke makan sambal dan dendeng. Bukan bermaksud benda tu tak halal, cuma nak buat kilang ada prosedur dia.
“Kita bina kilang daripada kosong, memang ambil masa nak siapkan production line sepenuhnya. First kita dapatkan sijil MeSTI KKM, lepas tu kita mohon halal, and selepas ni kita apply sijil lain yang seterusnya. Step by step.
“Of course kita masak yang halal sebab saya sendiri nak makan produk tu.
“Sijil halal ni kita mohon sebab nak naikkan taraf kilang dan nak bagi keyakinan yang kilang kita, supplier kita, dan proses masakan kita bukan sahaja bersih dan selamat, tetapi juga disahkan halal semuanya.
“Now dah dapat sijil halal kita dah boleh plan untuk expand ke market yang lebih besar lagi inshaAllah.”
Salah seorang pengguna X pun hairan dengan netizen yang masih tak faham tentang pensijilan halal oleh JAKIM. Di mana ianya memerlukan sesebuah kilang atau kedai itu beroperasi dalam beberapa bulan untuk menentukan mereka menepati piawaian ketat yang dikenakan.
Ingat buat sijil halal macam beli dekat Shopee ke? Tak silap salah satu syaratnya kena beroperasi utk beberapa bulan at least.
— Edmund Gerald (@EdGeraldX) November 21, 2024