Animasi Upin & Ipin sememangnya memberikan pengaruh yang sangat kuat bukan sahaja untuk penonton Malaysia, malahan di negara jiran Indonesia.

Baru-baru ini seorang DJ dari Indonesia, DJ Wukong berkongsi rakaman video di mana dia menggunakan visual konsert yang mirip karakter Upin & Ipin semasa membuat persembahannya.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video yang dimuat naik pada akaun TikTok DJ itu, karakter mirip Upin keluar daripada skrin besar di belakang set DJ tersebut.

@wukongofficial

INDONESIA RISING BABY⚡️⚔️ #djwukong #indonesia #jakarta #upinipin

♬ original sound – DJ WUKONG – DJ WUKONG

Karakter itu berlari-lari sambil percikkan kilat berwarna biru keluar dari keliling matanya.

Kemudian karakter itu mengeluarkan corak pada seluruh bahagian tubuh badan yang terdedah dan mata serta mulutnya pula menembak sinaran cahaya berwarna biru.

Menjengah ruangan komen, ramai berasa terkejut melihat karakter mirip Upin & Ipin berada di konsert DJ tersebut.

Karakter animasi yang terkenal sebagai ‘mesra kanak-kanak’ kini sudah menjadi karakter untuk hiburan orang dewasa.

Sumber Gambar: TikTok @wukongofficial

Pada masa sama, ada yang berbangga melihat animasi tempatan itu menjadi kegilaan di negara jiran, bukan sahaja di kalangan kanak-kanak, bahkan orang dewasa.

Terdahulu, pakar Indonesia mengakui animasi Upin & Ipin salah satu medium yang berkesan dalam menyebarkan propaganda budaya dan kehidupan seharian masyarakat Malaysia yang kini sudah mula ‘meresapi’ ke dalam kehidupan masyarat setempat Indonesia.

Bagaimanapun pakar tersebut turut berpendapat animasi tersebut mempunyai nilai positif yang menjadi jambatan dalam mengeratkan rasa persaudaraan antara masyarakat Indonesia dan Malaysia.