Dr Jezamine dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai daripada suaminya, Harith Iskander di Makamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan baru baru ini.

Berita ini benar benar mengejutkan ramai peminat industri hiburan tanah air terutama sekali pengikut pasangan tersebut di media sosial.

Ini kerana mereka tidak pernah melihat rumah tangga pasangan tersebut bergolak. Mereka dianggap pasangan bahagia dan seringkali memuat naik gambar keluarga di media sosial.

Namun tiba tiba, kes mereka kini ada di mahkamah syariah untuk menyelesaikan isu perceraian.

Menurut laporan, Dr Jezamine turut memuat naik gambar bersama peguam Datuk Akberdien Abdul Kadir – yang sudah beberapa kali mewakili artis dalam kes perceraian.

Itu menguatkan lagi spekulasi tentang perceraian Dr Jezamine dengan pelawak popular tanah air itu.

Menurut mStar Online, Dr Jezamine menegaskan bahawa dia sudah memfailkan permohonan cerai kira kira sebulan yang lalu – ketika ditanya oleh portal tersebut tentang perkara itu.

Namun Jezamine enggan mengulas lanjut lagi perkara tersebut dan tidak mahu berkongsi tentang punca kepada perceraian mereka. Harith Iskander juga masih tidak memberikan sebarang komen tentang apa yang berlaku.

Harith Iskander dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 yang lalu. Hasil perkahwinan selama 14 tahun mereka, psangan tersebut telah dikurniakan dengan 3 cahaya mata iaitu Zander Xayne, Alessandra Jane dan Zydane Zane.