Pada hujung minggu baru-baru ini telah berlangsungnya acara tahunan perhimpunan RXZ besar-besaran di pantai timur. Ramai rider berkonvoi menuju ke acara itu.
Bagaimanapun, terdapat beberapa insiden kemalangan menyebabkan rider maut.
Baca Juga:
- ‘Tiada Kena Mengena Dengan Politik Atau Arahan Atasan’- Polis Nafi Sabotaj Himpunan RXZ Members
- Tawarkan Makanan Dan Penginapan Percuma Kepada Geng RXZ Terkandas, Keprihatinan Warga Terengganu Dipuji Ramai
- Sanggup Redah ‘Divider’ Lebuh Raya, Tindakan Peserta RXZ Members Elak Roadblock Jadi Perhatian Netizen
Salah satunya terakam pada video yang dirakam sendiri oleh mangsa. Kejadian motosikal dirempuh lori dari belakang berlaku di Kilometer (KM) 159.6 LPT 1, di Kuantan, Pahang.
Menerusi video yang dikongsikan semula oleh X.com @MALAYSIAVIRALLL, seorang lelaki sedang merakam melalui kawasan lebuh raya sebelum sebuah lori merempuh mangsa.
TW
Lori tak nampak ke motor kat depan tu pic.twitter.com/0vOr3rKPIX
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 4, 2024
Menurut portal Majoriti, ketika kejadian mangsa sedang membuat live. Pada ketika itu kelihatan lori terbabit berada di lorong kanan sebelum tiba-tiba berada di belakang mangsa.
Insiden itu membuatkan warganet mempertikai mengapa pemandu lori tidak nampak penunggang motosikal tersebut.
Sedangkan dari jauh lagi pengguna lebuh raya pada ketika itu dapat melihat mangsa dengan jelas.
Brader motor ni takde buat apa2 kesalahan pon, takdanya dia merempit,dia just record video, slow lane kiri ja, lori belakang asal? Jauh di belakang terus sodok brader ni sampai meninggal. Takkan dia xnampak.
— oliver shizuoka (@Razorrxshizodax) March 4, 2024
Bongok gila pemandu lori ni, nak ckp blindspot tapi lori dari belakang takkan tk nampak, ini ke yg terpaling pilot darat tu, bukan blindspot tapi betul2 blind ni 😭 salam takziah kepada keluarga mangsa.
— 🌺 ارياف (@aryyaff) March 5, 2024
Bagaimanapun warganet turut menegur tindakan mangsa menggunakan telefon ketika membawa motosikal kerana ia adalah satu kesalahan.
Geng2 moto kena faham. Pmbahagi jalan tepi & tengah itu (armco barrier), sgt bahaya kpd rider2 & pmandu kereta. Ia bertindak mcm pisau klau kena pd bahagian tajam/sisi itu. Alfatihah.
— mycire (@Malacire) March 4, 2024
Pada masa sama warganet menasihati penunggang motosikal untuk berhati-hati semasa berada di atas jalan kerana besi pembahagi dan penghadang jalan berisiko tinggi boleh mendatangkan kecederaan parah.
Dalam pada itu, mangsa, Mohammad Sharfie Sukri, 21, merupakan pembantu jualan dan berasal dari Sabah. Beliau juga merupakan seorang sukarelawan yang terlibat dalam kerja kebajikan bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Semporna Prihatin.
Beliau dalam perjalanan ke RXZ Fighter Gathering dengan menaiki Yamaha Y15, bergesel dengan sebuah lori jenis Scania. Mangsa tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 8.20 pagi.