Isu pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol kembali dibincangkan di media-media sosial selepas berlakunya dua kejadian dalam tempoh masa tidak sampai seminggu.

Kejadian pertama sebelum ini berlaku di Bukit Sentosa apabila pemandu pacuan empat roda yang dipercayai mabuk melanggar orang awam dan gerai jualan pada 23 Mei.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Berpunca daripada kejadian itu lima orang awam cedera dan dua khemah perniagaan dilaporkan mengalami kerosakan.

Kini hanya beberapa hari selepas insiden tersebut, berlaku pula kemalangan maut di Kuantan juga dipercayai berpunca daripada pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol.

Tambah menyedihkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan kali ini maut di tempat kejadian.

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 9.38 malam itu, mangsa dipercayai dilanggar pemandu Toyota CHR yang dipercayai memandu melawan arus.

Bagaimanapun, ini bukanlah korban pertama yang berlaku berpunca daripada pemandu yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ini.

Malah tahun ini juga dalam bulan yang sama beberapa minggu lalu, seorang anggota polis juga maut selepas dilanggar pacuan empat roda.

Juga dikendalikan pemandu yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika beliau sedang bertugas di sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan.

Walaupun kita ketika ini sedang sibuk berjuang musuh yang tidak kelihatan iaitu COVID-19 namun kejadian demi kejadian seperti ini tidak boleh dipandang remeh.

Apa pasti ianya memerlukan perhatian segera daripada pihak berwajib agar ia tidak terus menjadi norma baru dalam kalangan pengguna jalan raya di negara kita.

Tiga kejadian dalam tempoh masa sebulan dengan dua kematian adalah angka yang tidak menyenangkan- setidaknya buat kita yang ingin menggunakan jalan raya dengan selamat.

Isu memandu di bawah pengaruh alkohol bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai isu ini yang pernah mencuri tumpuan masyarakat negara kita.

Pelanggan Terkejut Pemandu Mabuk ‘Drive Thru’ Burger King Di Kota Damansara

Tular Rakaman Pemandu Dipercayai Mabuk Langgar Dan Seret Motosikal Undang Kemarahan Netizen

Korban Pemandu Mabuk Meningkat, Netizen Lancar Petisyen Haramkan Jualan Arak