Apabila kita membayangkan kehidupan raja, kita sering terbayang istana mewah, emas berlian, dan gaya hidup yang luar biasa sehingga mereka sering dianggap antara yang paling kaya di dunia.
Namun, di sebalik semua kemewahan itu, terdapat individu raja yang memang memiliki kekayaan peribadi yang tinggi, menjadikan mereka antara paling kaya di dunia.
Menurut laman LoveMoney, ini senarai 5 individu diraja paling kaya di dunia dan bagaimana kekayaan mereka dibina.
5. Putera Alwaleed bin Talal Al Saud (Arab Saudi): $14.4 Bilion (RM65 Bilion)
Dikenali sebagai “Warren Buffett Arab”, Putera Alwaleed bin Talal Al Saud mengawal empayar perniagaan yang meliputi perkhidmatan kewangan dan hartanah.
Walaupun kekayaannya terjejas selepas ditahan pada 2017, beliau masih mempunyai kekayaan sekitar $14.4 bilion, jauh daripada anggaran awal sebelum ditahan iaitu sekitar $18.7 bilion.
4. Putera Karim al-Husayni, Aga Khan IV: Hingga $16.8 Bilion (RM76 Bilion)
Aga Khan IV, Imam keturunan Ismaili, mempunyai kekayaan yang dikumpul melalui derma para pengikutnya.
Dengan kekayaan yang dianggarkan antara $800 juta hingga $16.8 bilion, beliau memiliki superyacht bernilai $258 juta dan jet persendirian terbesar di dunia, serta pelaburan besar dalam hartanah dan perlumbaan kuda.
3. Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud (Arab Saudi): $20 Bilion (RM91 Bilion)
Sebagai ahli keluarga diraja Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud mempunyai kekayaan yang dianggarkan sekitar $20 bilion.
Kekayaannya terhasil daripada simpanan minyak negara dan beliau memiliki istana yang megah, superyacht bernilai $110 juta, serta jet peribadi Boeing 747.
2. Sultan Hassanal Bolkiah (Brunei): $30 Bilion (RM136 Bilion)
Sultan Brunei, individu diraja yang paling lama memerintah, mempunyai kekayaan sekitar $30 bilion.
Walaupun kekayaannya mungkin menurun sedikit sejak puncak pengeluaran minyak, beliau masih kekal sebagai salah seorang individu terkaya di dunia.
1. Raja Maha Vajiralongkorn (Thailand): Hingga $45 Bilion (RM159 Bilion)
Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn, menduduki tangga teratas dalam senarai raja terkaya dengan kekayaan dianggarkan sehingga $45 bilion.
Dengan aset besar melalui Crown Property Bureau, beliau mengawal perniagaan tanah yang luas di Bangkok dan saham dalam kumpulan hotel mewah Kempinski.