Trend ‘healing’ anak muda zaman sekarang, mereka gemar ke pantai dan hutan untuk mencari ketenangan. Malah, ada yang pernah tersesat di pantai kerana ‘healing’ sorang-sorang.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @willbert_91 telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan gambar kerusi di Pantai Tg. Aru Kota Kinabalu, Sabah dan harga yang perlu dibayar untuk duduk di kerusi tersebut.
Baca Juga:
- Khemah Peniaga Di Sepanjang Pantai Teluk Kemang Buat Orang Ramai Rasa ‘Semak Dan Rimas’
- 5 Tarikan Pantai Pasir Hitam Di Dunia, Salah Satunya Di Langkawi
- ‘Healing To Missing’ – Pengalaman Gadis Ini Sesat Berseorangan Di Pantai Sejauh 7KM Curi Tumpuan Netizen
@willbert_1410 No komen. Duduk pantai kena bayar. 😂 damn. #fypシ #fyp #foryoupage
Menerusi video tersebut, harga yang dikenakan berbeza iaitu pada harga sebelum jam 5 petang adalah RM5 manakala selepas jam 5 petang berharga RM10. Ini kerana, tempat duduk tersebut merupakan ‘spot’ cantik melihat matahari terbenam.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut serta persoalkan sama ada tempat duduk itu dibina oleh pihak berkuasa tempatan atau ‘peniaga’ tersebut sehingga perlu membuat pembayaran.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa hal ini bukanlah sesuatu yang baru kerana di pantai sekitar Port Dickson juga banyak peniaga kenakan caj untuk tempat duduk dan juga sewa payung agar dapat ‘spot’ cantik.
Lantaran itu, segelintir netizen memberi cadangan agar hal ini diajukan kepada pihak berkuasa tempatan dan jika mereka menjalankan perniagaan tanpa lesen maka isu ini dapat diuruskan dengan baik.