Walaupun alat sulitnya  menjadi punca kepada kekalahan di Sukan Olimpik Paris 2024 buat atlet lompat bergalah Perancis ini, dia sebenarnya telah membuka kepada peluang yang lebih ‘besar’ untuk meraih jutaan ringgit dengan mudah

Nampaknya video beliau yang tular di media sosial baru-baru ini telah menarik perhatian sebuah laman dewasa di mana mahu mendapatkan servis untuk pamer asetnya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Difahamkan syarikat hiburan dewasa, CamSoda sedia menawarkan $250,000 (kira-kira RM1.1 juta) sebagai pertukaran untuk pertunjukan di depan cam selama 60 minit.

Menurut US Weekly, Naib Presiden CamSoda, Daryn Parker telah membuat tawaran itu kepada Ammirati, 21, untuk mempamerkan asetnya sebagai pertukaran dengan habuan yang besar.

“Walaupun anda tidak membawa pingat emas, anda masih boleh miliki emas daripada peminat anda melalui CamSoda- itu masih dikira untuk sesuatu bukan?” tulis pada surat tawaran tersebut.

Malah, Naib Presiden laman dewasa itu meminta atlet terbabit untuk menayang aset kelakian kepada dunia dengan yakin dan patut membuat acara temasya sukan Olimpik tersendiri.

Setakat ini, Ammirati masih belum memberi respons dengan tawaran itu yang digelar sebagai rezeki terpijak oleh sejumlah netizen di media sosial.

 

Sumber