Sebuah video baru dikeluarkan oleh Dove, jenama penjagaan diri terkenal, membuktikan wanita boleh memilih untuk berasa cantik.
Syarikat ini meletakkan papan tanda “Cantik” dan “Sederhana” di atas laluan pusat membeli-belah di 5 buah bandar, iaitu di San Francisco, Shanghai, Delhi, London dan Sao Paulo, sambil memerhatikan melalui laluan manakah wanita-wanita akan gunakan.
Apa yang terjadi dalam video klip di bawah menunjukkan bukti bagaimana wanita itu rasakan daripada penampilan mereka sendiri.
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=7DdM-4siaQw
Hasil daripada eksperimen ini menunjukkan 96% wanita tidak akan menggunakan perkataan cantik untuk mewakili diri mereka – walaupun 80% berkata ada sesuatu yang cantik tentang diri mereka.
Video ini adalah sebahagian dari kempen #ChooseBeautiful Dove yang menggalakkan wanita untuk berfikir semula tentang pilihan yang mereka lakukan tentang kecantikan mereka dan bagaimana ia mempengaruhi apa yang mereka rasa.