Sebelum ini, Datuk A. Aida telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya paras rupa menjadi elemen penting untuk menjadi seorang pelakon.

Kenyataannya itu mendapat pelbagai respon daripada beberapa penggiat seni termasuk pelakon yang berbakat besar, Amerul Affendi. Susulan kenyataan A. Aida, maka Amerul mencadangkan kesemua institut pengajian awam dan swasta untuk menamatkan kesemua kursus lakonan.

Baca Juga:

Menurut Amerul, jika paras rupa menjadi kriteria utama untuk bergelar pelakon, maka pelajar yang mengambil kursus lakonan dengan bersungguh-sungguh seakan di scam kerana berhabis duit demi menuntut ilmu.

Perkongsian pendapat Amerul itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataannya. Malah, ada juga netizen mengatakan tidak guna belajar bidang tersebut jika rupa paras menjadi keutamaan.

https://twitter.com/MrFluidHead/status/1584395392921194496

Akan tetapi, ada juga netizen mengatakan bahawa inilah realitinya apabila penonton juga suka melihat pelakon yang memiliki rupa paras untuk menjadi watak utama.

Untuk rekod, Amerul Affendi juga pernah mendakwa dirinya ditolak stesen TV kerana jumlah ‘follower’ di Instagram tidak mencecah 50,000 pengikut.