Dua jutawan terkenal dari industri teknologi terkemuka, Elon Musk dan Mark Zuckerberg baru-baru ini mengejutkan netizen apabila kedua-dua bilionair ini nampaknya menyahut cabaran masing-masing untuk bertumbuk, ini selepas beberapa siri perdebatan menerusi media sosial yang dimulakan oleh Elon Musk.

Lokasi untuk pertarungan ini telah ditentukan. Musk meminta Zuckerberg datang ke Octagon yang merujuk kepada kelanggang untuk Ultimate Fighting Championship (UFC), Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat, lapor BBC.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Bagaimanapun, tarikh dan masa untuk kedua-dua ini menunjukkan kehebatan fizikal mereka belum dapat dipastikan lagi. Netizen meramalkan tiket akan dibuka untuk menyaksikan perlawanan antara dua CEO gergasi teknologi terkenal itu.

Untuk pengetahuan anda, perdebatan ini bermula dengan satu ciapan yang melaporkan bahawa Facebook, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Zuckerberg, ingin mencipta satu platform baharu yang bakal menjadi pesaing utama kepada Twitter.

Ketua Pegawai Produk Meta, Chris Cox berkata platform ini dapat menyaingi Twitter dan kini masih dalam proses pembinaan. Difahamkan bahawa syarikat gergasi teknologi itu bakal memperkenalkan platform tersebut kepada umum dalam masa terdekat.

Menjawab situasi tersebut, Musk menyatakan kebimbangannya dengan melihat cadangan Meta untuk membangunkan platform yang bakal memberi saingan kepada Twitter itu adalah sebahagian usaha Meta untuk memonopoli sepenuhnya industri media sosial.

Sebabnya, buat masa ini Meta sudah mempunyai Facebook, Instagram, YouTube, dan WhatsApp. Musk bimbang isu keselamatan yang selama ini menjadi masalah dalaman Meta akan membahayakan orang ramai.

“Saya fikir dunia akan berada di bawah kawalan Zuck secara eksklusif. Tiada pilihan lain. Ini sekurang-kurangnya akan menyebabkan huru-hara,” kata Musk dalam ciapannya di laman Twitter.

Disebabkan gusar dengan situasi ini, Musk tampil dengan cadangan yang lebih baik. Daripada bersaing menggunakan media sosial, lebih baik bersaing di gelanggang UFC.

Musk kemudiannya dalam ciapan di Twitter mencabar lawannya Zuckerber, “bersiap untuk bergaduh dalam sangkar”. Zuckerberg kemudiannya membalasnya dengan meminta lokasi perlawanan. Lalu dijawab oleh Muskdengan “Vegas Octagon,” gelanggang rasmi untuk sukan UFC.

Netizen juga bertindak sebagai batu api apabila memberi amaran kepada Musk bahawa lawannya mempunyai ilmu dalam seni mempertahankan diri. Bagaimanapun dijawab oleh Musk bahawa dia bersedia untuk bertemu Zuckerberg di dalam sangkar.

Orang ramai kini mula teruja dengan aksi mencabar antara satu dua jutawan teknologi ini. Malah, diramalkan bahawa tiket akan mula dijual tidak lama lagi melibatkan aksi Musk dan Zuckerberg.