Akhbar The Guardian di Britain melapor Manchester United memutuskan untuk memecat pengurusnya, Erik Ten Hag tanpa mengira keputusan perlawanan final Piala FA menentang Manchester City malam ini.
Menurut laporan itu, pemilik kelab, Jim Ratcliffe terpaksa mengambil langkah tegas selepas pasukan itu mengharungi musim yang buruk dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
United menamatkan saingan EPL musim 2023/24 di tangga kelapan dan ia adalah pencapaian terburuk sejak tahun 1990.
🚨 BREAKING: Man United decide to sack Erik ten Hag regardless of FA Cup final result
Full story here: https://t.co/NNyjFihIsh pic.twitter.com/8m1kMl5WQS
— SportsJOE (@SportsJOEdotie) May 24, 2024
Jika pemerintahan dua tahun Ten Hag berakhir selepas pertembungan dengan City, pemergiannya akan mengimbau kenangan pengurus Belanda yang lain, Louis van Gaal, yang meninggalkan Old Trafford.
Van Gaal dipecat hanya dua hari selepas kemenangan final Piala FA United menentang Crystal Palace pada 2016.
Walaubagaimanapun, Ten Hag tetap mahu menghadiahkan satu trofi kepada para penyokong United sebelum beliau meninggalkan kelab itu.
Ten Hag menjadi bahan spekulasi hebat mengenai masa depannya, beberapa bulan selepas bilionair Britain, Jim Ratcliffe mengambil pegangan minoriti dalam kelab dan mengendalikan operasi pasukan.
United menegaskan tiada keputusan telah dibuat mengenai masa depan pengurus Belanda itu dan berkata siasatan penuh akan dilaksanakan selepas aksi final Piala FA.
Antara nama yang dikatakan bakal menggantikan tempat Ten Hag termasuk Thomas Tuchel, Mauricio Pochettino, pengurus England Gareth Southgate dan bos Ipswich Kieran McKenna, yang pernah melatih di Old Trafford.