Khidmat Cristiano Ronaldo masih diperlukan oleh skuad Portugal walaupun beliau kini sudah berusia 39 tahun. Ini adalah penampilan keenam beliau di saingan Euro 2024 yang bakal berlangsung bulan depan.
Ronaldo yang kini beraksi dengan kelab Arab Saudi, Al Nassr memiliki rekod jaringan dalam setiap edisi Euro sejak penampilan pertamanya pada 2004.
Baca Juga:
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
Beliau juga mempunyai koleksi 14 gol di kejohanan berkenaan. Malah, dia juga mempunyai rekod sebanyak 10 gol pada kempen perlawanan kelayakan yang berlangsung pada tahun lalu.
Pengendali Portugal, Roberto Martinez menjelaskan Ronaldo layak dipanggil berdasarkan prestasinya bersama Al Nassr.
“Cristiano? Lebih baik bercakap dengan data. Dia seorang pemain yang meledak 42 gol dalam 41 perlawanan bersama kelabnya,” kata Martinez.
“Itu menunjukkan kemampuan fizikal dan keupayaannya untuk sentiasa kekal cergas, termasuk kualiti dipamerkan ketika di depan gawang… sesuatu yang kami sangat suka dan perlukan,” tambahnya.
🚨🇵🇹 OFFICIAL: Portugal squad for Euro 2024.
🧤 Diogo Costa, Sá, Patrício.
🛡️ António Silva, Danilo Pereira, Dalot, Inácio, Cancelo, Nélson Semedo, Nuno Mendes, Pepe, Rúben Dias.
🧠 Bruno Fernandes, João Neves, Palhinha, Otávio, Rúben Neves, Vitinha.
⚽️ Bernardo Silva,… pic.twitter.com/NUH8n8Wr9f
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 21, 2024
Begitupun, dalam senarai diumumkan Martinez, Ronaldo bukanlah pemain paling veteran yang disenaraikan memandangkan pertahanan Porto, Pepe yang berusia 41 tahun turut bakal menggalas tugas pasukan.
“Peranan Pepe di bilik persalinan sangat penting, cara dia menghargai jersi pasukan kebangsaan. Saya fikirkan mengenainya ketika kem latihan, bola sepak adalah satu perjuangan yang berterusan,” kata Martinez.
Sembilan pemain dari Liga Perdana Inggeris turut disenaraikan termasuk Ruben Dias, Diogo Dalot, Bruno Fernandes, Bernardo Silva dan Diogo Jota.