Sekurang-kurangnya 10 mangsa termasuk seorang EXCO Kerajaan Pahang terkorban dalam nahas pesawat sewa khas yang terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan kediaman Elmina, Shah Alam.
Berdasarkan laporan Berita Harian, dalam kejadian jam 2.40 petang, pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor pendaftaran N28JV yang dikatakan membawa enam penumpang serta dua kru dilapor gagal dikawal sebelum terhempas.
Baca Juga:
- Lalu Lintas Terhalang, Sebuah Kapal Terbang Dilaporkan Terhempas Di Elmina
- Fenomena Sungai Pahang ‘Kering’ Jadi Tanda Tanya, Tak Pernah Berlaku Sejak 20 Tahun Lalu
- Lelaki Ini Kongsi Kisah Daripada Seorang Pemain Futsal Pahang Menjadi Tukang Baiki Telefon Pintar Berjaya
Jelasnya lagi, pesawat tersebut berlepas dari Langkawi dan sudah diberikan kebenaran untuk mendarat oleh Menara Kawalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 2.40 petang. Pesawat berkenaan dilapor terhempas dua minit sebelum dijadualkan mendarat.
📝 Kenyataan Media / Press Statement – 17 Ogos / August 2023
Kemalangan Pesawat di Elmina, Shah Alam, Selangor
Aircraft Crashed at Elmina, Shah Alam, Selangor#TeamCAAM#PressStatement#KenyataanMedia pic.twitter.com/gMsnXXrYkN
— CAA Malaysia (@CAA_Malaysia) August 17, 2023
Semasa kejadian, pesawat tersebut turut merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal di tempat kejadian.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mengambil masa hampir 10 minit bagi memadam kebakaran.
Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat.