Baru-baru ini, sebuah video dikongsi oleh sebuah syarikat pelancongan telah tular di media sosial. Video tersebut memaparkan situasi penerangan keselamatan oleh pemandu bot pelancong kepada pelanggan yang akan mengikuti aktiviti parasailing.
Pada awalnya, pemandu bot pelancong tersebut menerangkan dalam bahasa Melayu, lalu mula menerangkan dengan menggunakan bahasa Korea bagi membuatkan pelancong dari Korea memahami arahan diberikan.
Baca Juga:
- Kota Kinabalu ‘Dipetik’ Dalam Drama Korea Buat Netizen Terkejut Dan Bangga
- ‘Habis Dalam Sekelip Mata’ – Pelakon Terkenal Korea Ini ‘Approve’ Kesedapan Aiskrim Gula Apong Di Kuching
- ‘Ingat Kacak Dalam Filem Sahaja’ – Penampilan Juruterbang Korea Selatan Di LIMA 2023 Curi Tumpuan Para Wanita
@pakej_bajet_kundasang Tngok sampai habis 🤣🤣#fyp #percutianbajetkundasang
♬ original sound – percutian bajet sabah – percutian bajet sabah (GG)
Menerusi video tersebut, dapat dilihat para pelanggan dari Korea itu faham dengan penerangan yang diberikan dan memberikan respon kepada pemandu bot pelancong terbabit.
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji pemandu bot pelancong tersebut yang berkeyakinan memberikan penerangan ringkas dalam bahasa Korea kepada pelancong dari Korea itu.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa kebanyakan pemandu pelancong dan juga pemandu bot pelancong di Sabah memang mengetahui lebih dari 2 bahasa.
Untuk pengetahuan anda, Sabah adalah antara destinasi pilihan pelancong dari Korea Selatan dan terdapat penerbangan terus dari sana ke Sabah serta di Sabah juga terdapat perkampungan Korea disana.
Anda juga mampu fasih baca dan tulis bahasa Korea sepantas 30 hari dengan belajar Bahasa Korea bersama guru Malaysian dari thetalktalk.co