Pada pagi tadi Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, Fazura akhirnya membuka mulut meluahkan sebab-sebab dia menfailkan cerai ke atas bekas suaminya itu.

Baca Juga:

Menurut selebriti itu, dia sudah lama hilang rasa bahagia dan perkara itu telah mengganggu emosi dan mentalnya, petik Harian Metro.

“Sebab ramai pula bertanya dan buat spekulasi, punca perceraian pertama adalah Fattah sudah abaikan nafkah untuk saya dan Fatima selepas sekian lama.

“Kedua, kami sudah tidak sefahaman lagi. Saya dah lama tak bahagia, emosi saya terganggu, mental saya tertekan. Tapi, saya tetap bertahan dan telan apa saja walaupun pelbagai tohmahan, fitnah dan cacian dilemparkan kepada saya. Saya harapkan seorang suami akan ke depan untuk mempertahankan saya, tapi langsung tak ada.

“Ketiga, yang saya rasa memang saya tak boleh terima lagi adalah memang Fattah berlaku curang terhadap saya. Ya, saya ada bukti. Saya rasa tak perlu dedahkan (sejak berapa tahun),” katanya.

Jelasnya lagi, dia sudah banyak berkorban untuk Fattah dan menafikan penceraian tersebut disebabkan mereka tidak sekufu seperti yang didakwa orang ramai.

“Saya dah berkorban banyak untuk keluarga. Fattah sendiri pun ada keluarkan kenyataan mengenai pengorbanan saya. Sejujurnya, hari ini saya memang nak beritahu semua orang saya dah berkorban semua untuk Fattah.

“Saya sediakan tempat tinggal, makan minum, semua untuk dia dan Fatima. Saya juga menghadiahkan kereta Range Rover untuk dia dan keselesaan dia. Jadi, untuk orang kata saya nak bercerai sebab tak sekufu, itu tak betul.

“Kalau saya rasa Fattah tak sekufu, saya tak bersetuju kahwin dengan dia. Jadi, dari awal semasa kami bercinta, saya terima dia dan keluarga dia seadanya sampai ke hari ini,” katanya.

Bagaimanapun, keputusan yang dibuatnya adalah untuk menjaga maruahnya.

“Saya kesal kerana selepas saya berkorban banyak, kenderaan yang saya belikan itu pun dia bawa wanita yang haram bagi dia,” katanya.

Sumber