Bagi pengguna tegar TikTok, setiap minggu anda buka media sosial itu pasti sekali-sekala akan keluar video #fyp ‘Hitam Itu Premium’ yang dipopularkan oleh akaun @fendymojo. Beliau semakin dikenali selepas tular beberapa video mengenai jumlah kos sebenar pengubahsuaian kereta Bezza miliknya yang mencecah RM37,903 menjadi bualan netizen.

Bagaimanapun di sebalik kejayaan trend ‘Hitam Itu Premium’ pada hari ini, sebenarnya ia telah mengambil satu masa yang sangat lama dan warna asal kereta Bezza itu bukanlah ‘segelap’ yang kita lihat sekarang.

Baca Juga:

Dalam satu video TikTok berdurasi hampir 4 minit, Fendymojo telah membuat rangkuman liku-liku perjalanan bagaimana trend ‘Hitam Itu Premium’ popular di seluruh Malaysia.

Menurut Fendy, sejurus mendapat kunci kereta Perodua Bezza berwarna putih itu, beliau segera menambah spoiler. Bukan itu sahaja, selepas satu minggu memiliki kereta tersebut, Fendy telah menambah beberapa lagi aksesori dari bahagian hadapan sehinggalah belakang keretanya.

@fendymojo

Ni aku just nak cerita macam mana perjalanan dari awal. And mcm mana wujudnya hitam premium. #hitampremium #fendymojo

♬ original sound – Fendymojo – Fendymojo

Pada masa yang sama, beliau sudah mula membuat konten video di TikTok, namun hanya meletakkan lagu tanpa ‘ulasan suaranya’. Sehinggalah satu hari, Fendy mula memberanikan diri untuk menambah suaranya supaya penonton lebih faham konten video yang hendak disampaikan.

Sejak dari saat itu, Fendy mula melangkah ke hadapan dengan membuat konten-konten yang lebih ‘ekstrem’ dalam pengubahsuaian keretanya seperti memasang lampu hadapan customwrapped warna baharu, pecahkan cermin hadapan, potong bumbung untuk pasang sunroof  dan menambah aksesori-aksesori berwarna hitam — sekaligus terciptalah tagline ‘Hitam Itu Premium’ yang menjadi trending dan cakap-cakap orang ramai.

Fendymojo terima Silver Button YouTube | Sumber Gambar: TikTok @fendymojo

Dalam video itu juga Fendy turut masih ingat ada satu ketika beliau buat konten video bersama-sama seorang lagi pemilik Bezza bernama ‘Hakim’. Namun disebabkan kedua-duanya sudah berumah tangga, kehidupan masing-masing semakin sibuk dan life must goes on.

Setakat artikel ini ditulis, akaun TikTok Fendymojo mempunyai kira-kira 1.4 juta pengikut dan 58.1 juta likes untuk keseluruhan video yang dimuat naiknya pada platform itu sahaja. Manakala saluran YouTube beliau pula pula mempunyai lebih 138,000 pengikut yang sekaligus melayakkan beliau mendapat ‘Silver Button’.

Menurut beliau, apa yang beliau kecapi pada hari ini hasil penerimaan followers di media sosial terhadap trend ‘Hitam Itu Premium’ sehinggalah ramai mengambil peluang untuk menegur dan menangkap gambar bersama kereta Bezza Fendy jika bertembung di mana-mana.

Bagi menghargai para peminat, beliau sentiasa memberikan beberapa rekaan stickers ‘FM – Hitam Premium’. Disebabkan sambutan sangat mengalakkan, Fendy sanggup cetak semula tiga kali ganda daripada kuantiti asal.

“Ini bukan titik akhir untuk saya menjadi sombong dengan tidak melayan peminat. Malah, ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk berjumpa semua orang,” ujar Fendy dalam video baharunya.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.