Ketika orang ramai sibuk membuat persiapan sambutan tahun baharu cina baru-baru ini, tiga pemilik kereta mewah berputih mata apabila kereta mereka rosak akibat perbuatan khianat.

Ketiga-tiga kereta yang diletakkan bersebelahan antara satu sama lain disimbah dengan cecair berwarna putih.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

‘Cecair putih’ itu dipercayai menyasarkan pada sebuah Ferrari, sebelum Mercedes dan Toyota Alphard di sebelah turut terkena percikkannya.

@mothershipsg

The police are currently investigating the incident as a case of mischief. #singapore #tiktoksg #sgnews #fypsg #cars

♬ News Reports Background Music / Serious, Breaking News(1233862) – Ney

Memetik portal Mothership.sg, kejadian itu disedari oleh penduduk setempat di Teck Whye, Singapura.

Polis tempatan mengesahkan bahawa mereka menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan sekitar jam 7:05 pagi pada 31 Januari di Blok 103 Teck Whye Lane.

Beberapa hari kemudian, Mercedes yang sama sekali lagi menjadi mangsa khianat. Cermin hadapan telah dirosakkan dengan objek, sehingga menyebabkannya pecah lebih teruk lagi.

“Sangat membimbangkan apabila kes vandalisme ini masih belum diselesaikan, dan penjenayah masih bebas.

“Pemilik kenderaan yang meletak kereta di kawasan ini pasti berasa gelisah.

“Saya berharap agar pihak berkuasa dapat menangkap individu yang bertanggungjawab dengan segera,” kata salah seorang penduduk tempatan.