Pada hari ini jualan merchandise merupakan salah satu cara untuk menaikkan serta mengukuhkan sesuatu jenama di kalangan orang ramai.
Terbaharu, kumpulan ultras Pahang, Elephant Army (EA) tampil mengeluarkan kenyataan rasmi selepas tular isu logo rasmi mereka telah digunakan tanpa izin oleh founder bisnes manisan terkenal.
Baca Juga:
- 4 Suspek Pecah Rumah Kieda Crepe Didakwa
- Pernah Curi Daripada Kak KM, Kieda Crepe Dedah Suspek ‘Target’ Rumah Founder
- Daripada RM800,000, Hanya RM40,000 Sahaja Barangan Kemas Kieda Crepe Ditemukan
Founder penjual manisan itu telah meletakkan logo EA pada lengan baju koleksi merchandise terbaharu mereka.
Menerusi hantaran rasmi di X.com, EA menegaskan mereka adalah sebuah pergerakkan bebas dan ‘mengambil keuntungan’ adalah berlawanan dengan prinsip mereka.
“Kami amat menitikberatkan integriti simbol-simbol yang mewakili kami dan kami menegaskan tiada sebarang kerjasama antara pihak tersebut dengan jenama kami.
“Ingin kami tegaskan bahawa logo Elephant Army telah didaftarkan secara rasmi sebagai cap dagangan di bawah perbadanan harta intelek Malaysia.
“Proses pendaftaran ini adalah untuk melindungi hak cipta dan memastikan bahawa logo ini hanya digunakan dalam konteks yang sah dan kebenaran pihak Elephant Army,” petik kenyataan rasmi EA.
Kenyataan rasmi Elephant Army berhubung insiden penggunaan logo EA tanpa izin.
Respect the logo!#DirgahayuDarulMakmur pic.twitter.com/JHpFIaWVon
— Elephant Army (@ElephantArmy) July 22, 2024
Tambah EA lagi, mereka berharap agar tiada lagi pihak yang menyalahgunakan logo mereka sama ada secara sengaja atau tidak.
“Kami ingin menasihati kepada mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan logo kami sama ada sengaja atau tidak sengaja kerana menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 38, Akta Cap Dagangan 1976 dan boleh diambil tindakan oleh pihak KPDNKK.
“Kejahilan undang-undang bukan alasan. Hormati logo!” tegas ultras Pahang berhubung insiden itu.