Rata-rata kereta supercar mempunyai rekaan berbeza daripada kereta lain dengan meletakkan enjin di bahagian belakang dan bahagian bonet diletakkan pada hadapan kereta tersebut.
Baru-baru ini seorang founder produk kecantikkan juga pemilik Lamborghini Huracan EVO telah mengundang pelbagai persepsi netizen apabila menjawab persoalan pengguna-penguna TikTok sama ada berbaloi atau tidak memiliki supercar tersebut.
Baca Juga:
- Masuk Langkawi Mahu Tayang Lamborghini, Dua ‘Founder’ Jadi Bahan Tawa Penduduk Setempat
- Tergamak Tayang Produk Hadapan Kaabah, Taktik Pemasaran Founder Skin Dessert Ditegur PU Rahmat
- Berasa Ditipu Founder Produk, ‘Team Leader’ Terpaksa Buang Stok Tak Laku Masuk Tong Sampah
Dalam satu video lain, pemilik Lamborghini itu bertemu dengan seorang lagi founder yang memiliki model kereta yang sama untuk bertukar barangan dan sejumlah wang tunai yang didakwa bernilai RM2 juta.
https://www.tiktok.com/@farhanazahra91/video/7159475730823384346?_r=1&_t=8X3ySvkayQc&is_from_webapp=v1&item_id=7159475730823384346
Bagaimanapun disebabkan ruang bonet Lamborghini tersebut kecil, founder tersebut mendakwa hanya RM2 juta sahaja yang muat untuk mengisi ruangan bonet hadapan yang berkapasiti kira-kira 150 liter sahaja. Walhal dia bakal terima lagi RM8 juta daripada rakan founder.
Setakat artikel ini ditulis video berdurasi hampir seminit itu meraih lebih 2 juta tontonan dan hampir 6,000 komen daripada netizen yang rata-rata menemplak cara founder itu ‘show-off‘ kepada warganet.





Ada juga netizen menyatakan jumlah wang tersebut tidaklah sebanyak RM2 juta seperti yang didakwa oleh wanita itu. Sebaliknya ia memerlukan satu beg besar untuk menyimpan wang tersebut, bukanlah hanya ‘satu ikat bata wang’ sahaja seperti dipertontonkan dalam video berkenaan.
Orang ramai turut ‘mencadangkan’ founder itu untuk membeli kereta atau van biasa sahaja, sudah pasti kenderaan-kenderaan itu mampu meletakkan lebih RM2 juta tunai di dalamnya.
Pada September lalu founder ini pernah mencetus kekecohan di kalangan netizen apabila dia memuat naik satu konten video membawa Lamborghini ke Langkawi untuk ‘tunjuk’ kepada penduduk setempat andaikata mereka tidak pernah melihat kereta mewah Itali tersebut dan mempersoal mengapa tiada minyak RON97 di pulau bebas cukai itu.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.