Bersempena dengan ulang tahun ke-35 G-Shock, jenama ini telah memilih untuk berkolaborasi bersama beberapa jenama terkenal. Antara jenama yang dipilih menerusi ulang tahun pada kali ini adalah bersama Livestock.
Berbeza daripada model G-Shock yang terkenal dengan jam material getahnya, modelĀ G-Shock x Livestock DW5600 hadir dengan rekaan tali nylon bersama dua rekaan sangkar jam yang bewarna hitam dan perak.

Jam tangan kolaborasi G-Shock x Livestock telah dijual secara rasmi di laman web Livestock dan butik terpilih seluruh dunia dengan harga $148 (RM619).