Pada hari Sabtu lalu orang ramai mengambil peluang balik ke kampung masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat negara ini untuk keluar mengundi.

Baru-baru ini satu akaun Facebook Sandra Lunai W telah memuat naik satu rakaman video perjalannya pulang ke Baram, Sarawak.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya balik kampung untuk mengundi pada Sabtu lepas. Baram terkenal dengan kawasan ‘off-road‘ dan kebanyakan orang membeli 4×4 seperti Toyota Hilux, Mitsubishi Triton, Nissan Navara dan lain-lain.

“Tetapi lihat apa yang ada di sini. Adik kepada King Of Malaysia Road, Perodua Axia,” kata Sandra.

Hantaran video itu telah menarik perhatian orang ramai yang turut berasa kagum melihat kereta kompak Perodua itu mampu berjalan di atas permukaan yang tidak rata dan kawasan bekas lopak kering.

Ada netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah menggunakan kereta biasa seperti Proton Saga, Perodua Kancil untuk melalui kawasan seperti itu.

Sumber Gambar: FB Sandra Lunai W
Sumber Gambar: FB Sandra Lunai W
Sumber Gambar: FB Sandra Lunai W
Sumber Gambar: FB Sandra Lunai W

“Apa lagi, pergi beli Axia sekarang. Sudahlah murah, jimat minyak. Dapat guna untuk off-road lagi ya,” kata Sandra di akhir perkongsiannya.

Dalam pada itu, ada juga netizen berharap agar pucuk kepimpinan kerajaan baharu Malaysia nanti dapat menyelesaikan masalah permukaan jalan raya kurang baik yang masih belum lagi diselesaikan sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.