Hasrat Arsenal untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak kesampaian walaupun berjaya menewaskan Everton 2-1 pada aksi terakhir di Stadium Emirates.

Manchester City telah mengesahkan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas West Ham United sekaligus mengutip 91 mata meninggalkan Arsenal.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Manakala skuad kendalian Mikel Arteta itu menamatkan musim ini di tangga kedua dengan 87 mata, empat mata di belakang City.

Oleh sebab itu, The Gunners terpaksa membatalkan rancangan mereka mengadakan perarakan trofi EPL seperti dilaporkan oleh media UK pada minggu lalu.

Menurut laporan The Standard UK, Arsenal sebelum ini telah menetapkan tarikh perarakan tersebut iaitu pada hari Isnin, 20 Mei sehari selepas aksi terakhir liga bertemu Everton.

Arsenal mengalami kekecewaan dua tahun berturut-turut apabila masih kempunan untuk bergelar juara liga sejak tahun 2004.

Ketika menentang Everton, Arteta membariskan kesebelasan terbaik dengan Kai Havertz, Martin Odegaard, Leandro Trossard dan Gabriel Martinelli berada di posisi serangan manakala Bukayo Saka terpaksa direhatkan ekoran kecederaan.

Everton meraih gol pembukaan menerusi sepakan percuma yang dijaringkan oleh Idrissa Gueye pada minit ke-40.

Tersentak dengan gol tersebut, Arsenal kembali mengemaskan jentera serangan dan berjaya meraih gol penyamaan hasil jaringan Takehiro Tomiyasu berselang tiga minit kemudian.

Serangan bertali arus yang dilakukan oleh Arsenal akhirnya membuahkan hasil apabila Havertz menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89 selepas menerima hantaran Odegaard.

Namun, kemenangan itu masih belum cukup untuk mengatasi kedudukan Man City yang mencatat keputusan 3-1 ke atas West Ham United apabila dibezakan dengan dua mata.