Buat anda peminat bola sepak tempatan, semestinya mengenali Azmeer Yusof iaitu seorang pemain pertahanan untuk Kedah FC. Sebelum ini, beliau telah berkongsi kisah beliau menjual ikan ketika PKP dan kisah tersebut telah mendapat perhatian ramai orang.

Terbaharu, Azmeer kongsikan di Facebook miliknya tentang pengalaman lampau beliau yang kuat berbelanja mewah dan ‘gila’ kereta sewaktu muda yang kini membuat beliau berasa kesal. Mana tidaknya, disebabkan tindakannya kini beliau berumur 30 tahun masih terbeban dengan hutang.

Azmeer mendedahkan bahawa beliau pernah memohon sehingga 5 kad kredit, buat pinjaman peribadi dan beli kereta Satria Neo, Honda City, Mitsubishi Lancer, Audi, Honda FD, Vellfire dan D-Max. Pada tahun 2014, beliau cuba beli rumah tetapi pinjaman tidak lepas kerana pinjaman peribadi, kad kredit, kereta dan lain lain.

Justeru itu, Azmeer mengingatkan pemain terutamanya yang sedang menikmati gaji besar supaya berfikir mengenai masa depan dan tidak terlalu boros untuk menggunakan gaji ke arah perkara ‘bukan-bukan’ yang sama sekali tidak menguntungkan.

https://www.instagram.com/p/B9f8tQUljax/

Oleh itu, beliau menasihati para pemain agar jangan mohon kad kredit kalau tidak disiplin untuk membayar. Jangan mohon pinjaman peribadi dan simpan duit dalam Unit Amanah, Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau tabung. Jangan beli kereta dulu sebelum beli rumah kecuali beli kereta terpakai atau murah.

Malah, kurangkan membeli benda yang mahal tetapi tidak digunakan dan beli emas. Insurans juga penting sebagai perlindungan dan berhenti merokok serta beli rumah.

Difahamkan, beliau telah menjual 6 kereta miliknya dan tidak menjual Vellfire untuk kegunaannya dan keluarga. Semoga pendedahan yang dilakukan oleh Azmeer Yusof ini dapat dijadikan iktibar untuk para pemain dan anda di luar sana untuk menyimpan wang.

Sementara itu, jika anda berhutang dan ingin bebas hutang, apa kata klik sahaja pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

https://www.thevocket.com/kaedah-snowball-selesaikan-hutang/

7 Langkah Senang Untuk Mula Hidup ‘Bebas Hutang’

Lelaki Ini Dedah Cara Jimat Dan Mudah Langsaikan Hutang PTPTN Dengan Aplikasi Boost

Sumber