Warga maya hari ini dikejutkan dengan penularan gambar keadaan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial.
Dua gambar berkenaan yang dipercayai ketika proses bedah siasat dimuat naik di aplikasi Telegram sejak malam tadi.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Kedua-dua gambar tersebut memaparkan keadaan kanak-kanak berkenaan selepas ditemui di anak sungai berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Disember tahun lepas.
Penyebaran gambar itu telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang geram melihat kekejaman dilakukan oleh pembunuh tanpa belas kasihan.
Naluri seorang ibu meronta2 rasa nak peluk zayn rayyan bila tgk gambar dia kena torture sampai mcmtu sekali ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ the wounds are so severe ya Allah kesiannya awk sayang..
— Mia Azahar (@miaazahar67) June 30, 2024
pemb*n*h arwah zayn rayyan ni guna pisau tumpul ke sampai lunyai telinga anak tu dibuatnya..apa dosa anak sekecil tu kat kau eh wahai pemb*n*h..mmg mental sadis betul..
— ikaaki🇲🇾 (@watdaFxx) June 30, 2024
Sedih dan kesian tengok gambar2 luka arwah adik Zayn Rayyan ES share tu. Ya Allah tak boleh imagine masa dia kena hidup2.. Semoga mendapat keadilan dengan cepat. Tolong lah. Menangis aku tengok mayat dia 😢
— blu :) (@lostmygodamind) June 30, 2024
Sebelum ini, ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Seksyen atas tuduhan mengabai dengan kemungkinan menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak autisme itu.
Namun begitu, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masing-masing berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, manakala peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat masing-masing mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira.