Tular satu klip video menunjukkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi merempuh sebuah trak pikap selepas pemandunya berhenti mengelak daripada melanggar seorang wanita berdiri di tengah-tengah lebuh raya.
Memetik Buletin TV3, Kemalangan berlaku di Kilometer 98.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Satu, dekat susur keluar Lanchang, dekat sini, 4:18 petang semalam.
Baca Juga:
- Video Rider Penghantar Makanan ‘Redah’ Jalan Baru Disimen Undang Pelbagai Reaksi Netizen
- ‘Punca Rider Dibenci’ – Netizen Kecam Geng Motosikal Patahkan Palang Plaza Tol
- Macam Tengok Orang Berlakon, Rider Tenang Duduk Tepi Semasa Polis Tembak Penjenayah
Ketua Polis Daerah Termerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, nahas berlaku ketika motosikal berkuasa besar dan pacuan empat roda itu dalam perjalanan dari arah Kuantan Ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 4:45 petang semalam.
Disyakki ada orang nak bunuh diri, tetapi akhirnya orang lain yang jadi mangsa.
Takziah kepada arwah Haziq Ramli, rider yang meninggal dunia akibat kemalangan ini yang berlaku di LPT1, berhampiran persimpangan Lanchang.
Trak pikap tersebut terpaksa buat emergency stop sebab… pic.twitter.com/rHL8elzNE1
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) April 26, 2024
Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas seorang wanita berusia 35 tahun memberhentikan kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya di bahu jalan dan bertindak melintas lebuh raya terbabit.
“Pemandu pacuan empat roda terbabit bertindak membrek secara mengejut bagi mengelak daripada merempuh wanita itu,
“Pada masa sama datang sebuah motosikal berkuasa besar dari arah belakang, melanggar belakang pacuan empat roda terbabit,
“Akibat rempuhan itu, penunggang terbabit terjatuh di lorong kanan lebuh raya dan motosikal ditunggangi mangsa tercampak ke bahagian belakang pacuan empat roda berkenaan.” katanya menerusi kenyataan media.
Mazlan berkata, akibat kemalangan itu penunggang terbabit yang dikenali sebagai Ahmad Haziq Ramli, 34, meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan disebabkan kecuaian wanita terbabit yang melintas jalan.