Kehadiran media sosial sebenarnya telah membuatkan ramai orang menjadi ‘dungu’ kerana semua perkara mahu dikongsikan. Maklumat sensitif seperti lokasi semasa sangat mudah didapati dan menjadikan ia sangat berguna buat mengesan seseorang.

Memetik Harian Metro, difahamkan gara-gara si isteri aktif mempamerkan gaya hidup di Instagram (IG), seorang ‘raja dadah’ Brazil akhirnya berjaya dikesan sekaligus ditangkap polis baru-baru ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Difahamkan pemburuan terhadap raja dadah telah dibuat sejak dua tahun lalu.

Tuah menyebelahi pihak berkuasa apabila mereka berjaya menjejaki lokasi suspek berdasarkan hantaran wanita terbabit di media sosial berkenaan.

Menerusi laporan terkini, Ronald Roland, 50, ditangkap di kondominiumnya di bandar pantai Guaruja kerana disyaki menjalankan pengubahan wang haram dan terbabit dengan kartel dadah di Mexico.

Pihak berkuasa berkata, Roland mempunyai hubungan dengan sindiket penyeludupan dadah Mexico. Lelaki itu ditahan ketika isteri keduanya, Andrezza de Lima Joel dan anak perempuan mereka sedang tidur di kondominium

Sumber Gambar: hypebeast

Polis berjaya mengesan Ronald selepas Andrezza menyiarkan gambar pasangan itu di IG, menurut rancangan hal ehwal semasa TV Globo, Fantastico.

Andrezza mempamerkan perjalanan mewah suaminya ke Paris, Dubai, Maldives dan Colombia yang secara tidak sengaja maklumat di platform media sosial itu membantu polis memantau keberadaan Roland.

Tetapi bukanlah kali pertama berjaya Roland ditahan kerana aktiviti media sosial isterinya, sebaliknya sudah kali kedua ‘dikantoikan’ isterinya dalam IG.

Sebelum ini, Roland ditangkap pada Julai 2019, yang mana pada masa itu, dia berada dalam senarai dikehendaki Polis Antarabangsa.

Pada masa itu, bekas isterinya menandakan lokasi pasangan itu di media sosial, sebagai di Zon Timur Sao Paulo. Dia dibebaskan pada tahun berikutnya.