Sehingga ke hari ini, kad TNG NFC masih menjadi barang panas kerana stok yang terhad. Ramai yang sanggup membelinya dengan harga yang lebih mahal daripada scalper.

Melalui satu laporan NST, seorang lelaki berusia 55 tahun daripada Jerantut telah menjadi mangsa penipuan berkaitan pembelian kad TNG NFC pada harga istimewa yang mengakibatkan kerugian sekitar RM23,500. Insiden ini dilaporkan terjadi pada 4 Januari lalu di mana mangsa ternampak iklan Facebook yang menawarkan kad TNG NFC.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Carousell

Lalu, mangsa berhubung dengan suspek yang menyamar sebagai agen penjual kad TNG NFC itu. Mangsa telah ditawarkan dengan pakej keluarga yang berharga sekitar RM32 untuk empat keping kad. ‘Agen’ tersebut dikatakan memberikan satu pautan kepada mangsa menerusi WhatsApp.

Mangsa tanpa sebarang syak wasangka melanjutkan pembelian dengan memasukkan maklumat bank termasuk username dan kata laluan menerusi pautan tersebut. Selepas mencuba berulang kali, mangsa masih gagal meneruskan transaksi bagi pembelian kad TNG NFC itu.

Setelah menyedari telah tertipu, mangsa baru mengesan wang sebanyak RM23,500 di dalam akaun banknya telah lesap. Pihak polis mengatakan kes penipuan ini sedang disiasat dan orang ramai diminta untuk tidak memuat turun sebarang aplikasi yang mencurigakan.

Menerusi laporan ini, mangsa dilihat telah menerima pautan phishing yang mana sebuah laman palsu yang menyerupai sesebuah laman organisasi sah untuk menjerat mangsa. Mereka yang tidak cakna kebiasaannya akan tertipu dengan teknik penipuan sebegini.

Sumber