Ketika ini, ramai orang berlumba-lumba untuk menghasilkan konten terbaik untuk dipaparkan kepada umum agar memiliki ramai pengikut di media sosial.
Terbaharu, seorang remaja maut selepas menahan lori secara tiba-tiba di Tengerang Selatan, Indonesia demi menghasilkan kandungan video untuk tatapan pengikut.
Menurut Ketua Polis Tangerang Selatan, Agus Sutisna berkata, kejadian itu berlaku ketika remaja berusia 14 tahun dan rakan-rakannya berjalan dari arah Benda, Pamulang menuju ke Universiti Pamulang.
Difahamkan juga, para remaja tersebut cuba memberhentikan lori dengan tujuan untuk menumpang kenderaan tersebut. Malangnya, lori itu membawa muatan pasir, maka tidak boleh menekan brek serta-merta kerana keadaan akan menjadi lebih bahaya.
Pemandu lori itu kini telah ditahan untuk siasatan lanjut. Menurut seorang saksi, kumpulan remaja itu sering berkumpul dan sengaja menahan lori yang lalu di laluan berkenaan pada setiap malam.
Tambahnya, aksi itu sengaja dilakukan sebagai bahan kandungan untuk video yang kemudiannya dimuat naik di media sosial dan ketika kejadian kumpulan remaja itu lari meninggalkan rakan mereka yang dilanggar. Apa pendapat anda akan isu ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
‘Dengar Muzik TikTok Terus Terjaga Dari Koma’- Babak Drama Indonesia Ini Bikin Netizen Terhibur
Lebih ‘Makan Garam’, Nasihat Pak Utih Di TikTok Ini Raih Perhatian Bakal Suami