Sejak laluan MRT Putrajaya dibuka sepenuhnya, angka pengguna pengangkutan awam itu boleh dikatakan meningkat kerana ia memudahkan penduduk di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya keluar-masuk di kawasan tersebut tanpa perlu membawa kenderaan lagi.
Baru-baru ini tular satu rakaman video di mana dua buah bas pengantara MRT tersangkut ketika ingin mengambil penumpang di Stesen MRT Cyberjaya City Centre.
Baca Juga:
- Umpama Acara Larian, Perasmian MRT Laluan Putrajaya Disambut Dengan Meriah
- MRT Putrajaya Fasa 2 Beroperasi Bermula Hari Ini, Tawarkan Tambang Percuma Sehingga 31 Mac
- Sabar Beratur Dan Tidak Potong Barisan, Gadis Korea Ini Kagum Lihat Rakyat Malaysia Tunggu MRT
Orang parking kiri kanan jalan dekat MRT Cyberjaya City Centre. Tak pasal-pasal bas perantara MRT ni sangkut, lepas tu bas lambat dari schedule. 😰😠 pic.twitter.com/xizxKSSMfO
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) April 12, 2023
Kejadian itu berpunca beberapa kenderaan orang awam diletakkan di bahu jalan laluan bas berkenaan sehingga laluan terhalang.
Difahamkan kawasan stesen MRT di situ turut menyediakan ruangan parkir berbayar, namun oleh kerana pemilik kenderaan mahu ‘berjimat’, mereka memilih untuk meletakkan kenderaan di kiri kanan bahu jalan.
Tindakan pemilik kenderaan yang pentingkan diri sendiri itu mengundang rasa marah netizen. Oleh sebab mereka, jadual bas MRT ‘lari’ dan menyebabkan orang lain lewat untuk pulang ke rumah berbuka puasa.
Pemandu kereta: “BINALAH BANYAK LAGI PARKIR HURR DURR”
Juga pemandu kereta: *parkir kat luar sebab nak elak cas RM4/SEHARI* https://t.co/M8m4fcvmLb pic.twitter.com/FVHW1LV5y9
— slainthayer_my (@slainthayer_my) April 12, 2023
https://twitter.com/pedoqpop/status/1646160490861678595?s=20
Sagat aje biar ada akal. Kita ni ada undang-undang, ada peraturan tapi tak ada penguatkuasaaan. https://t.co/MNPvuTwOPu
— ✊🇵🇸EdPsy Ash🌜📵||🌞+🌎||❌🍬 (@arcx13) April 13, 2023
Hailak 1450 boleh bayar. Tapi nak bayar parking pun berkira 🤣🤣🤣 https://t.co/EPZCiNNzkw
— Boro (@boroboroduro) April 12, 2023
Tambah netizen lagi, penguatkuasa perlu menjalankan operasi bagi membanteras orang awam yang meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menghalang lalu-lintas.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.