Pada hari semalam tular satu rakaman video di mana seorang pemandu trak pikap Isuzu D-Max dan Volkswagen Scirocco bertumbuk selepas mereka bertikam lidah gara-gara bertembung di laluan yang sama.

Disebabkan laluan terlalu sempit sehingga tiada ruang untuk kedua-dua kenderaan bergerak, pemandu Volkswagen cuba membelok namun berasa ragu-ragu bimbang keretanya akan bergesel dengan trak pikap itu, Honda Jazz dan Proton Waja yang ada di bahagian kiri kanannya.

Bagaimanapun, tindakan pemandu trak pikap itu terus mengeluarkan kata-kata makian dan provokasi sehingga mengundang rasa tidak puas hati pemandu Volkswagen putih tersebut, menyebabkan mereka bertumbuk antara satu sama lain.

https://twitter.com/anthraxxx781/status/1575840672925380609?s=20&t=rCcsrCVbnLsOWo06_shAzw

https://twitter.com/kotunkendy/status/1576371990436360192?s=20&t=rCcsrCVbnLsOWo06_shAzw

Video yang tular itu telah mendapat perhatian netizen yang memberikan pelbagai pandangan peribadi. Ada yang mendakwa pemandu Volkswagen itu ‘bersalah’ kerana dia tersalah laluan dan memulakan serangan.

Bagaimanapun ramai yang menyalahkan pemandu trak pikap itu kerana mengeluarkan kata-kata provokasi yang ‘menyakit hati’ sehingga tercetusnya pergaduhan terbabit.

https://twitter.com/AminAnisazira/status/1576142661681319938?s=20&t=rCcsrCVbnLsOWo06_shAzw

Tambah netizen lagi, pemandu trak pikap itu boleh sahaja mengundurkan kenderaan untuk memberi laluan kepada kereta Volkswagen berkenaan melepasi kawasan yang sempit itu. Namun disebabkan tidak mahu mengalah, ditambah pula dengan kata-kata provokasinya itu telah menyebabkan keadaan menjadi lebih tegang.

Pada masa sama, netizen turut menyalah pemilik-pemilik kenderaan yang diletakan di deretan tepi jalan yang telah menyebabkan lorong menjadi sempit sehingga menyukarkan orang ramai ingin menggunakan jalan tersebut.

Menurut salah satu ciapan dikongsikan, kejadian itu berlaku semasa ibu bapa datang ke kawasan itu untuk mengambil kad laporan anak-anak mereka.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.