Seorang ulama di Indonesia mendapat kecaman dari rakyat negara itu selepas memanggil penjual minuman dengan kata-kata yang kurang sopan dalam satu majlis ceramah yang dihadirinya.

Individu yang dimaksud ialah Gus Miftah dimana beliau hadir dalam satu ceramah yang diadakan di Magelang, Jawa Tengah. Ketika menyampaikan ceramah, beliau memanggil salah seorang peniaga yang menjual teh dengan panggilan yang kasar.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

“Air kamu masih banyak ke? Kalau masih banyak pergilah jual bodoh!” katanya.

Perbuatan ini terus mendapat kecaman dari rakyat negara itu di laman media sosial yang mana seorang ulama tidak sepatutnya memanggil orang lain dengan panggilan yang kurang sopan.

Miftah turut memegang jawatan sebagai utusan khas kepada Presiden Indonesia iaitu Prabowo dimana beliau memegang portfolio mengenai hal ehwal agama.

Istana Negara kemudiannya menegur tindakan Miftah itu dan ulamak tersebut serta-merta mengeluarkan permohonan maaf kepada peniaga minuman terbabit.

“Saya Miftah Maulana Habiburrahman dengan kerendahan hati saya meminta maaf atas kekhilafan saya. Saya memang sentiasa bergurau dengan siapa pun. Oleh kerana itu, saya akan terus meminta maaf kepada peniaga minuman yang terkesan dengan gurauan saya.

“Saya juga mahu meminta maaf kepada masyarakat yang terkesan dengan perbuatan saya. Perkara ini menjadi pengajaran untuk saya agar lebih berhati-hati ketika menghadiri ceramah atau berada di khalayak ramai,” katanya.