Sebut mengenai Khairul Aming pasti orang ramai mengenalinya. Berjaya menjadi influencer yang berjaya dalam mengajarkan orang resipi masaka serta berkongsi perjalanan bisnes antara yang membuatkan beliau disenangi ramai.

Popular dengan produk Sambal Nyet, Khairul Aming pada hari ini berkongsi serba ringkas perjalanan bisnes yang dilalui dalam menawarkan Sambal Nyet di pasaran sempena ulang tahun kedua produk beliau.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Menerusi perkongsian, Khairul Aming mendedahkan setakat 2 tahun ini, sebanyak 1.5 juta Sambal Nyet telah terjual dengan jumlah jualan mencecah RM21.5 juta. Difahamkan jumlah jualan Sambal Nyet pada tahun 2021 adalah sebanyak RM7.5 juta manakala pada tahun 2022 pihak Khairul Aming berjaya tingkatkan kepada RM14 juta.

Mengulas mengenai proses penyediaan Sambal Nyet, Khairul Aming mendedahkan pihak mereka menerima sekitar 1 tan cili dan bawang setiap hari di mana bahan ini diproses serta disimpan dalam tempat sejuk beku sebelum dimasak pada hari seterusnya. Setiap proses akan dibuat dengan penuh teliti oleh ahli pasukan beliau.

Berbincang mengenai urusan pos, difahamkan pihak kurier sudah ‘berkampung’ di kilang beliau sejak pagi dalam memudahkan proses pengeposan produk yang melibatkan sehingga 5,000 botol sehari.

Memasuki tahun 2023, Khairul Aming memaklumkan kilang kedua beliau di Kota Bharu sudah beroperasi sepenuhnya. Mereka juga merancang untuk meningkatkan jualan sekaligus menawarkan lebih banyak reward buat para pekerja.

Diharapkan semoga perniagaan yang diusahakan Khairul Aming bertambah maju sekaligus menawarkan lebih banyak produk pada masa akan datang dalam memenuhi keperluan dan permintaan orang ramai.