Tular satu klip video di muat naik salah seorang ahli geng pemilik Honda Jazz yang mana mereka berkumpul beramai-ramai dan masak mi segera di sebuah stesen minyak terkenal di Malaysia.

Tindakan mereka mengundang kemarahan netizen kerana ia boleh menyebabkan kebakaran memandangkan stesen minyak merupakan kawasan mudah terbakar.

Baca Juga:

Lebih membuat netizen geram apabila di dalam video yang dimuat naik semula di akaun X.com @localrkyt, mereka kelihatan bersahaja seperti tidak melakukan kesalahan.

Mereka membuka meja lipat, kerusi lipat dan mula memasak di atas dapur api mudah alih.

Apabila kereta peronda polis sampai di lokasi, kelihatan mereka seperti tidak mengendahkannya pihak pengkuatkuasa itu.

Netizen meminta agar pihak stesen minyak dan pihak berkuasa mengenal pasti individu-individu yang terlibat dengan isu masak mi segera di stesen minyak itu.

Apabila netizen menegur tindakan mereka pada akaun TikTok pemilik asal video tersebut, gadis itu ‘menjawab secara savage‘ seperti tidak melakukan kesalahan.

Ketika artikel ini ditulis, didapati sumber video asal tidak ditemui pada platform TikTok — dipercayai pemiliknya video sudah memadam video atau deactivated akaunnya.