Tular satu klip video pendek berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah van jenazah yang didakwa dicuri untuk kegiatan pecah rumah.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata berlaku salah faham menjadi punca sekumpulan penunggang motosikal mengejar van jenazah tersebut, petik Astro Awani.
Baca Juga:
- ‘Kelam-Kabut Nak Pergi Mana?’ – Lelaki Ini Sindir Van Jenazah Dipandu Laju
- Ringkas Dan Jelas, Netizen Kagum Lihat Wanita Cina Ini ‘Review’ Van Jenazah
- Di Sebalik Kerjaya Pemandu Van Jenazah, Lelaki Ini Turut Hasilkan Dron Berharga RM60,000
“Polis menerima laporan daripada pemandu van jenazah berusia 35 tahun berhubung kejadian berkenaan pada jam 3.58 petang Ahad,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Van jenazah kena curi lepastu buat job pecah rumah rumah .Allahu, no plat van wtk 7726 area Kajang. pic.twitter.com/KCYCO5d0lZ
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) August 4, 2024
Menurutnya, pemandu memandu van dengan perlahan pada ketika itu kerana tersalah alamat semasa dalam perjalanan menuju ke mekanik.