Kejadian gila dan melampau berlaku dalam satu perlawanan bola sepak dimana seorang pemain amatur membawa senjata tajam berupa kerambit.
Kejadian yang berlaku di salah satu padang komersial di sekitar Lembah Klang baru-baru ini menunjukkan pemain amatur itu dilihat memegang senjata tajam ketiga pergaduhan berlaku dalam perlawanan tersebut.
Baca Juga:
- ‘Dah Macam Papan Iklan’ – Jersi Kelab Austria Ini Raih Perhatian
- Pergaduhan Besar Warnai Kemenangan Perancis Ke Atas Argentina
- Kerana ‘Adik’ Tersangkut, Atlet Perancis Ini Gagal Raih Pingat
Menurut perkongsian pengguna laman Facebook iaitu Aliff Akhmal, kejadian itu berlaku di padang KLFA, Melawati dan pemain yang membawa senjata tajam itu dipercayai beraksi untuk pasukan Farouk FT.
Selepas tular di laman media sosial, ramai yang mengecam tindakan pemain itu dimana ramai yang menganggap kejadian ini sebagai gila dan tidak masuk akal.
Sebelum ini, jarang berlaku kejadian mana-mana pemain bola sepak yang membawa senjata tajam ke perlawanan bola sepak terutamanya di peringkat amatur.
Sebelum ini, terdapat kejadian seperti pergaduhan antara sesama pemain ataupun pergaduhan melibatkan pemain dan pengadil perlawanan.
Saban hari, kekerasan dalam bola sepak di peringkat akar umbi semakin kerap berlaku dan perkara ini perlu mendapat perhatian dari semua pihak dalam komuniti bola sepak dalam negara.
Bagi semua pemain, tujuan bola sepak di peringkat bawahan tidak lebih dari sekadar rekreasi selain menjadi salah satu cara untuk kekal sihat.
Bergaduh ataupun membawa senjata tajam tidak membantu perkembangan bola sepak itu sendiri malah semakin lama mereka akan ‘membunuh’ antara sukan nombor satu di negara ini.
Biarlah kalah dalam satu perlawanan di peringkat amatur tetapi semua dapat kembali pulang dalam keadaan selamat daripada berlaku perkara tidak diingini berlaku.