Umum tahu Xiaomi sememangnya terkenal dengan penjualan barangan mampu milik. Bermula daripada smartphone sehinggalah kepada kelengkapan gadget yang lain. Terbaru, Xiaomi telah melancarkan gimbal three-axis dengan harga mampu milik.
Model yang dikeluarkan ini hadir dengan bateri dengan kapasiti 5000 mAh beserta fungsi motor stabilization. Xiaomi turut menjanjikan penawaran bateri sehingga 16 jam pada model keluaran mereka. Selain itu, gimbal ini turut boleh disertakan pada action camera.

Berdasarkan pemerhatian kami, harga yang diumumkan agak jauh berbeza berbanding gimbal lain yang berada di pasaran dimana model ini bakal ditawarkan dengan harga sekitarĀ MB599 (~RM 373).
Buat anda yang ingin mula memulakan vlog atau menggunakan fungsi live di media sosial, mendapatkan gimbal keluaran Xiaomi ini mungkin altenatif terbaik dengan penawaran harga mampu milik.