Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan tidak pernah menerima sebarang jenis bayaran zakat daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), lapor Berita Harian.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Fikri Naim Harun. Menurutnya, walaupun LZS pernah menjalankan dakwah kutipan zakat di GISBH.

Baca Juga:

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pembayaran zakat yang direkodkan diterima daripada GISBH dan anak syarikatnya.

“Terdapat lebih 20 syarikat berkaitan GISBH yang ada dalam senarai kami, yang kami semak tidak membuat sebarang bayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor.

“Kami juga tidak dapat menentukan jumlah zakat yang GISBH serta anak syarikat mereka perlu bayar, kerana tidak pernah menerima sebarang maklumat berkaitan aset serta liabiliti yang mereka ada,” katanya.

Jumlah bayaran zakat perniagaan biasanya ditaksir selepas LZS menerima maklumat berkenaan aset yang dimiliki serta liabiliti yang ditanggung oleh syarikat berkenaan.

Tambah beliau lagi, GISBH boleh dikenakan tindakan undang-undang yang mana di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, memperuntukkan hukuman penjara serta denda kepada pihak yang sengaja tidak membayar zakat kepada LZS.

Berdasarkan enakmen itu serta Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah (Negeri Selangor) 2012, mereka yang sengaja tidak membayar zakat atau sengaja tidak membayar zakat kepada LZS, boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000.

“Kalau ditanya adakah kami tidak boleh ambil tindakan kepada GISBH kerana tidak membayar zakat? Kalau ikut enakmen, ya ada tetapi kami diamanahkan untuk berdakwah terlebih dahulu.

“Jadi, setakat ini pihak LZS akan terus menumpukan kepada usaha dakwah agar zakat dibayar secara sukarela dan ditunaikan atas kerelaan,” katanya.

Sumber