Jaringan tunggal Jens Raven sudah cukup untuk memastikan kejuaraan Piala AFF Bawah 19 Tahun (B-19) 2024 menjadi milik Indonesia pada aksi final bertemu Thailand yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya sebentar tadi.

Kejayaan manis itu turut menamatkan penantian selama 11 tahun skuad remaja Indonesia yang pertama dan kali terakhirnya muncul juara pada edisi 2013 di Gresik.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Walaupun mendapat tentangan hebat daripada Thailand terutamanya pada babak awal permainan, anak buah Indra Sjafri kental bertahan dalam menyerap tekanan lawan.

Di sebalik tekanan diberikan, Raven yang baharu sahaja menjadi kerakyatan Indonesia pada 28 Jun lalu menolak masuk bola susulan situasi sepakan penjuru untuk meletakkan Indonesia dihadapan pada minit ke-18.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Thailand mempertingkatkan intensiti permainan dengan mencipta beberapa peluang.

Namun, usaha mereka masih belum mencukupi untuk menyamakan kedudukan dan kelebihan satu gol dimiliki kekal hingga tamat permainan sekali gus membolehkan kem Indonesia berpesta meraikan kejayaan manis ini.

Selepas menjuarai saingan 2013, Indonesia tidak pernah mara ke perlawanan akhir dimana pencapaian terbaik mereka adalah kedudukan ketiga pada edisiĀ  2017, 2018 dan 2019.

Manakala pada 2022 ketika Malaysia muncul juara, Indonesia tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan dan kini masa buat mereka pula untuk mengecap nikmat kejuaraan.

Sementara itu dalam aksi penentuan tempat ke-3/4, Malaysia terpaksa menelan kepahitan tewas menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi sebenar berkesudahan terikat 1-1.