Pemain Marseille, Mason Greenwood nampaknya sudah berputus asa dalam mengejar impiannya untuk terus menyarung jersi skuad kebangsaan England.

Hal ini kerana beliau dikatakan sudah membuat permohonan secara rasmi kepada Persatuan Bola Sepak England (FA) untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Jamaica.

Baca Juga:

Berdasarkan statistik, Greenwood pernah membuat satu penampilan bersama skuad England ketika bertemu Iceland dalam UEFA Nations League A pada 25 Ogos 2020.

Greenwood
Greenwood cemerlang bersama Marseille. Kredit Foto: Olympique de Marseille

Beliau dan Phil Foden kemudiannya digugurkan daripada skuad kebangsaan selepas ingkar perintah berkurung kerajaan Iceland ketika wabak COVID-19 melanda.

Kemuncaknya adalah ketika beliau ditangkap atas tuduhan rogol, tingkah laku mengawal dan memaksa, serta kecederaan fizikal terhadap teman wanitanya pada Januari 2022. Tuduhan-tuduhan tersebut digugurkan pada Februari 2023.

Keadaan yang membuatkan peluangnya untuk sekali lagi menyarung jersi England seolah-olah sudah pun tertutup dimana England ketika itu dibimbing Gareth Southgate.

Kini, walaupun Thomas Tuchel dikatakan berminat untuk menyenaraikan pemain jentera serangan itu dalam skuad sulungnya, Greenwood sudah pun membuat permohonan untuk menukar pasukan kebangsaan.

 Greenwood
Menjaringkan 15 gol dalam saingan Ligue 1 musim ini. Kredit Foto: Olympique de Marseille

Jamaica Pilihan Mason Greenwood

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif FA, Mark Bullingham menurut sumber laporan dikeluarkan Goal yang berbunyi,” Jadi, pemahaman saya, dan saya perlu semak semula pemahaman saya, adalah dia telah memohon untuk menukar pasukannya [Jamaica].”

“Itu telah berlaku secara rasmi, jadi dia tidak akan dapat berbuat demikian kerana seseorang hanya boleh menukar kesetiaan sekali.”

“Saya tahu orang ramai bertanya kepada Gareth [Southgate] tentangnya [tidak membawa masuk Greenwood] dan Gareth sangat terbuka dengan menyatakan bahawa dia tidak pernah memikirkan tentangnya, kerana dia tidak menunjukkan prestasi pada tahap itu, jadi saya tidak tahu sebarang komunikasi yang kami ada dengannya.”

“Saya rasa tidak pernah ada permohonan atau apa-apa yang seumpamanya. Ia memang bukan sesuatu yang kami sampai kepada kami, jadi ia adalah keputusan peribadi daripadanya.”

Sumber