Kopiko merupakan antara gula-gula kegemaran rakyat Malaysia sejak lama dahulu. Ramai yang yang menyangka Kopiko merupakan jenama dari Malaysia tetapi sebenarnya ia adalah produk daripada Indonesia.

Terbaharu, gula-gula Kopiko membuat kemunculan dalam drama Korea, Vincenzo dan babak tersebut telah menarik perhatian ramai terutama sekali peminat drama Korea dari Asia. Untuk pengetahuan anda, gula-gula Kopiko ini cukup dikenali di negara-negara Asia dan juga Amerika Syarikat.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Lantaran kemunculan gula-gula Kopiko, rata-rata netizen berasa terkejut dan juga berharap harga gula-gula tersebut tidak akan naik disebabkan telah dipromosikan dalam drama Vincenzo.

https://twitter.com/el_montel/status/1378853199902244867

kopiko

kopiko1

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan sudah lama tidak nikmati gula-gula perisa kopi itu. Malah, ada netizen yang turut berbangga kerana Kopiko muncul dalam drama tersebut.

Pastinya kemunculan Kopiko dalam drama tersebut sedikit sebanyak mempromosikan kewujudan gula-gula tersebut ke seluruh dunia. Adakah anda juga penggemar gula-gula Kopiko ini?

Tahukah anda bahawa adegan di Itali dalam drama Vincenzo sebenarnya hanya menggunakan ‘green screen’? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut. 

Guna ‘Green Screen’ Untuk Rakam Babak Di Itali, Netizen Kagum Lihat Hasil Drama Vincenzo

Drama Bersiri Netflix The Spy Gunakan Duit Syiling Lama Malaysia Curi Perhatian Netizen