Seluruh rakyat Malaysia pastinya mengenali pelumba sensasi negara ini, nama Hafizh Syahrin sudah tidak asing lagi di negara ini di atas kejayaan beliau menempa nama dalam arena perlumbaan MotoGP.

Namun adakah dia bakal meninggalkan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia tersebut? Itulah persoalan yang timbul baru-baru ini apabila pelumba tersebut bakal beraksi di dalam sebuah perlumbaan kereta Sepang 1,000km (S1K) Endurance Race pada 22-24 November ini mewakili pasukan HI-REV SIC Dream Chaser.

Hafizh dikatakan membuat kerja ‘gila’ ini berbaki lagi satu perlumbaan dalam kalendar MotoGP. Beliau perlu berulang alik dari Kuala Lumpur ke Valencia untuk menjalani latihan perlumbaan S1K di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Isnin ini. Hafizh dikatakan bakal bergandingan dengan Bradley Benedict Anthony dan juga Alister Yoong.

Sumber; imotorbike

Beliau berkata lagi, bahawa dia seorang atlet sukan yang sangat aktif dan tidak boleh hanya berdiam diri di rumah. Ini yang membuatkan dirinya mengambil keputusan untuk menyertai perlumbaan S1K.

Minggu hadapan pelumba ini akan berangkat ke Valencia kemudian pulang semula ke sini untuk S1k dan kemudian kembali ke Valencia untuk sesi percubaan jentera pada musim hadapan. Selepas itu, beliau akan kembali ke sini untuk persediaan WTCR (FIA World Touring Car Cup)

Ini kerja saya, sama seperti orang lain kerja di pejabat. Ini kerja saya, saya perlu berlatih hari-hari dan bersedia untuk berlumba,” katanya dalam majlis pengumuman pasukan HI-REV SIC Dream Chaser, semalam.

SUMBER: PAUL TAN’S AUTOMOTIVE NEWS

Penyertaan Hafizh Syahrin di S1K adalah sebahagian daripada syarat wajib untuk memperoleh lesen dari Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) bagi membolehkannya bertanding dalam WTCR yang akan diadakan sempena Races of Malaysia Sepang dari 13 hingga 15 Disember ini.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, Hafizh akan bertanding di Sepang Racing Team dan bergandingan bersama seorang lagi pelumba MotoGP popular iaitu Franco Morbidelli serta pelumba World Superbike Championship dari Belanda, Michael Van Der Mark bagi perlumbaan motosikal, FIM Endurance World Championship, sehari sebelum saingan WCTR.

Pemilihan Hafizh Syahrin juga adalah bertujuan untuk menarik orang ramai menonton perlumbaan tersebut.

Terdahulu, Hafizh Syahrin disahkan tiada dalam pelan KTM Tech3 musim hadapan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Hafizh Syahrin Sah Tiada Dalam Pelan KTM Tech3 Musim Hadapan

Hafizh Syahrin Pemilik Cap Dagangan ‘Bossku’?

Sumber