Sejak kebelakangan ini, ramai yang mahukan majikan yang baik hati, memahami kerja keras seseorang staff dan menghargai usaha-usaha yang telah dilakukan oleh staf untuk sesebuah syarikat.

Baru-baru ini tular video di laman TikTok yang dikongsikan oleh SUKE TV di mana pemiliknya, Datuk AC Mizal tidak mahu pekerjanya kerja lebih masa.

Baca Juga:

@mysuketv

Haa balik balik! 🤣🤣🤣🤣🤣🤣 DAC memang sempoi! 😆😆😆 #SUKEsangat

♬ Funny – Gold-Tiger

Video tersebut memaparkan Datuk AC Mizal sebagai majikan mengarahkan pekerjanya untuk balik meninggalkan pejabat apabila tamat waktu bekerja.

Malah, Datuk AC Mizal sempat berseloroh mahu matikan sambungan elektrik jika pekerjanya masih berkeras untuk duduk di pejabat menyelesaikan tugas mereka.

“Tutup wifi, aircond semua. Lepas pukul 6 semua pakai kipas. Balik balik balik! Kalau aku curah cat. balik sekarang. Pukul 6.05 petang, satu lif je buka eh,” katanya.

Menerusi video itu, pekerjanya ketawa melihat aksi majikan seolah-olah ‘menghalau’ mereka untuk pulang ke rumah dengan segera.

Memetik ruangan komen di dalam video tersebut, Datuk AC Mizal meraih pujian daripada netizen yang mengatakan sekiranya ada kekosongan kerja mereka mahu kerja di tempat tersebut.

Bukan itu sahaja, pengguna TikTok juga terhibur dengan gelagat Datuk AC Mizal serta memuji majikan sepertinya bertimbang rasa dengan pekerjanya semasa bekerja.